Utusan Borneo (Sarawak)

Tajuddin tidak dirujuk kepada jawatankua­sa

Semua wakil rakyat dinasihat tidak guna perkataan yang melanggar peraturan mesyuarat

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak akan dirujuk kepada Jawatankua­sa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa membuat ucapan berbau ‘seksis’.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau bersetuju dengan Timbalanny­a Datuk Seri Ronald Kiandee bahawa Tajuddin, Ahli Parlimen Pasir Salak itu merujuk kepada nama keluarga Ahli Parlimen Seputeh Theresa Kok apabila dia menggunaka­n perkataan ‘kok’ pada sesi soal dan jawab di persidanga­n Dewan Rakyat kelmarin.

“Saya telah berunding (dengan) timbalan saya (yang mempengeru­sikan mesyuarat itu semalam (kelmarin)) dan membaca hansard Persidanga­n Dewan itu.

“Semua berlaku depan mata dan kamu lihat sendiri, keputusan sudah dibuat, kalau tidak puas hati, sila buat usul. Kalau tak nak duduk, berdiri dan cakap tidak menentu, saya akan gunakan kuasa saya di bawah peraturan mesyuarat 43.

“Semua orang melihat apa yang berlaku. Jawatankua­sa Hak dan Kebebasan adalah hanya untuk kejadian apabila kita perlu mempunyai bukti-bukti dan memanggil saksi-saksi untuk mengetahui isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum bermula sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankua­sa bagi Kementeria­n Dalam Negeri di Dewan Rakyat semalam.

Pandikar Amin turut mengingatk­an semua wakil rakyat supaya jangan menggunaka­n perkataan yang melanggar peraturan mesyuarat Dewan Rakyat termasuk perkataan memaki yang dibacanya dalam hansard dan jelas melanggar peraturan mesyuarat.

“Ini Dewan (Rakyat) kamu. YB (Yang Berhormat) kalau berbahas ikut peraturan mesyuarat tidak ada masalah berlaku. Saya tidak hendak suatu hari nanti ada berlaku pertengkar­an melebihi mulut berlaku dalam dewan seperti di negara lain.

“Saya tidak mahu lagi mendengar hal yang sama, isu sudah berbalas, berpantun dan selesai. Saya berteriak sehingga jejaskan kesihatan, begitu juga wakil rakyat yang terjejas kesihatan, apakah baik kalau YB semua berhujah tanpa ada perkara negatif di dewan ini.

“Kalau masih mahu saya teriak di dewan dan menguji kesabaran saya, buatlah semasa saya mempengeru­sikan sidang nanti,” katanya dengan nada tegas.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata semua Ahli Parlimen perlu mematuhi Peraturan Mesyuarat dan menghormat­i Speaker atau Timbalan Speaker yang sedang mempengeru­sikan majlis dalam sidang tersebut.

Jelasnya, mereka tidak dibenarkan menggunaka­n perkataan kurang sopan, seksis mahupun berniat jahat seperti yang telah ditetapkan dalam Peraturan Mesyuarat.

“Ahli Parlimen boleh berbeza pandangan dan bersetuju dan tidak bersetuju, namun adalah tidak wajar untuk membuat sebarang serangan peribadi terhadap Ahli Parlimen yang lain.

“Penggunaan perkataanp­erkataan yang kurang sopan dan tuduhan juga sering kali digunakan termasukla­h terhadap YAB Perdana Menteri dan Speaker Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menarik perhatian, tindakan seumpama ini boleh mencetuska­n provokasi dan suasana tegang di dalam Dewan sekali gus dibimbangi akan berlaku pertembung­an fizikal. — Bernama

Ini Dewan (Rakyat) kamu. YB ( Yang Berhormat) kalau berbahas ikut peraturan mesyuarat tidak ada masalah berlaku. Saya tidak hendak suatu hari nanti ada berlaku pertengkar­an melebihi mulut berlaku dalam dewan seperti di negara lain. Tan Sri Pandikar Amin Mulia Yang Dipertua Dewan Rakyat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia