Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO mohon maaf susulan insiden ‘usir’ petugas media

-

KUALA LUMPUR: UMNO memohon maaf kepada petugas media Pahang yang membuat liputan Konvensyen UMNO negeri itu barubaru ini yang didakwa diusir keluar daripada majlis itu.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa berkata petugas media adalah golongan profesiona­l dan seharusnya mereka diberi ruang untuk menjalanka­n tugas secara profesiona­l.

“Saya bagi pihak UMNO Malaysia, memohon maaf kepada kawankawan (petugas media) yang bertugas pada hari itu yang terasa hati dengan insiden tersebut.

“Walaupun ini adalah soal UMNO Pahang, tetapi majlis itu adalah majlis parti dan saya sebagai ketua penerangan, sudah tentu saya tidak gembira dengan apa yang berlaku,” katanya dalam catatan di laman rasmi parti itu, umno-online. my semalam.

Sebelum ini, insiden petugas media yang didakwa diusir keluar daripada majlis itu menjadi viral dan mendapat perhatian Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) yang mendesak permohonan maaf daripada UMNO Pahang.

Sambil melahirkan rasa dukacita dengan apa yang berlaku, Annuar berkata parti itu sangat memerlukan kerjasama daripada media dan faham bahawa mereka adalah golongan profesiona­l yang mempunyai tugas untuk dilaksanak­an.

“Tetapi kadang kala sebagai manusia biasa, mungkin ada tersasul atau tersilap di sana sini,” katanya sambil berharap isu itu tidak dipanjangk­an selain akan berusaha mencari jalan supaya ia dapat diselesaik­an dengan baik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia