Utusan Borneo (Sarawak)

Bellerin tandatanga­ni kontrak jangka panjang bersama The Gunners

-

melayani kunjungan Paris Saint LONDON, England: Pemain pertahanan, Hector Bellerin, yang dikaitkan dengan perpindaha­n lumayan ke Manchester City dan Barcelona, menandatan­gani kontrak jangka panjang bersama Arsenal, menurut kelab dari ibu kota London itu Isnin lepas.

Arsenal tidak mendedahka­n tempoh sebenar kontrak pemain antarabang­sa Sepanyol itu tetapi media British melaporkan bahawa pemain pertahanan kanan berusia 21 tahun itu melanjutka­n kontrak di Arsenal untuk enam tahun lagi.

“Saya benar-benar gembira dan kelab ini seperti rumah saya sendiri sekarang,” kata Bellerin.

“Saya sudah berada di sini lebih dari lima tahun sekarang, jadi saya benarbenar teruja apabila kelab memberitah­u bahawa mereka mahu melanjutka­n kontrak saya.”

Beliau menambah: “Saya tidak memikirkan tentang perkara lain selain terus kekal di sini dan meneruskan pembanguna­n saya di sini. Saya berasa gembira di sini, saya berasa berterima kasih dan gembira untuk menandatan­gani kontrak baharu.”

Bellerin ketika ini mengalami kecederaan dan tidak dapat beraksi pada perlawanan Liga JuaraJuara menentang Paris Saint Germain (PSG) hari ini.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang sudah kehilangan beberapa pemain utama kepada Manchester City, memuji “pembanguna­n” Bellerin selepas penampilan sulung mengecewak­an ketika menentang Borussia Dortmund dalam Liga JuaraJuara pada 2014.

Bellerin menyertai Arsenal dari Barcelona dan turut dikaitkan dengan kepulangan semula ke Nou Camp.

Beliau membuat 44 penampilan bersama Arsenal pada musim 2015/2016 dan merupakan anggota skuad Sepanyol di Euro 2016. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENYUDAH TAJAM: Giroud terus menjadi sandaran Wenger untuk merobek gawang PSG dalam misi memburu tiga mata berharga pada aksi Liga Juara-Juara di Emirates, London hari ini. WENGER
— Gambar AFP PENYUDAH TAJAM: Giroud terus menjadi sandaran Wenger untuk merobek gawang PSG dalam misi memburu tiga mata berharga pada aksi Liga Juara-Juara di Emirates, London hari ini. WENGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia