Utusan Borneo (Sarawak)

Penyokong percaya Celtic boleh tewaskan Barca hari ini

-

GLASGOW, Scotland: Pengurus Celtic, Brendan Rodgers berkata ia satu petanda berapa jauh Celtic telah berkembang musim ini di mana penyokong kelab percaya mereka boleh menewaskan Barcelona hari ini.

Ia satu kepercayaa­n yang kelihatan sukar dipercayai dua bulan yang lalu apabila pasukan mereka dibelasah 0-7 oleh Barcelona di Nou Camp.

Bagaimanap­un, situasi positif di Celtic Park selepas kelab belum lagi tewas dalam Liga Perdana Scotland dan me- langkah ke final Piala Liga Scotland, memberikan mereka satu aura keyakinan tinggi di tempat sendiri.

Peningkata­n di Eropah diikuti dengan prestasi memberangs­angkan ketika mengikat Manchester City 3-3 dan 1-1 dengan Borussia Monchengla­dbach, walaupun keputusan itu di antara kekalahan 0-2 kepada Borussia.

Harapan Celtic untuk melangkah ke pusingan kedua kelihatan sudah berakhir apabila berada di tangga tercorot Kumpulan C dengan dua mata dari empat perlawanan.

Namun mereka mahu memburu tangga ketiga liga dan kelayakan ke Liga Europa yang akan menjamin penglibata­n dalam bola sepak Eropah selepas Krismas.

Untuk mencapainy­a, mereka perlu mengulangi kejayaan pada Oktober 2012 apabila mengejutka­n Barcelona 2-1.

Dan Rodgers, bekas pengurus Liverpool, berkata pasukannya perlu menunjukka­n kekuatan dan kesungguha­n sekiranya mahu mengulangi keputusan luar biasa itu.

“Barca merasainya sebelum ini, mereka tahu ia pastinya sukar,” kata Rodgers.

“Tetapi saya berharap apa yang kami cipta di sini dalam tempoh yang singkat ialah kami adalah pasukan yang tidak akan menunggu lawan.

“Kami harus bermain dengan agresif. Kami tahu mereka memiliki beberapa pemain yang hebat tetapi kami harus berdepan dan menangani mereka.

“Ia sesuatu yang hebat di mana kami merasakan kami boleh menang. Ia satu petanda peningkata­n pasukan.”

Walaupun kalah teruk di Barca, penyerang Celtic, Scott Sinclair berkata pasukannya tidak gentar.

“Tiada kebimbanga­n. Kami sudah banyak belajar dari perlawanan itu (tewas 0-7),” kata beliau.

“Walaupun kami pergi ke Monchengla­dbach, kami menunjukka­n kami pasukan yang mampu bersaing ketika bolos. Kami tewas di tempat sendiri tetapi kami masih pergi ke sana dan mengikat kedudukan.

“Saya fikir kami sudah banyak belajar dan saya berharap kami akan bermain dengan pemikiran positif.”

Bagaimanap­un, Celtic akan berdepan pasukan Barca yang juga mahu membuktika­n sesuatu.

Skuad kendalian Luis Enrique, pasukan pilihan untuk menang, tiba di Glasgow dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Malaga dalam La Liga Sepanyol – kali pertama mereka gagal menjaringk­an gol di Nou Camp sejak Februari 2015. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MENANG BESAR: Rondon ( kanan) bersaing dengan pemain Burnley, Ben Mae ketika beraksi pada perlawanan di The Hawthorns, England pada Isnin lepas.
— Gambar Reuters MENANG BESAR: Rondon ( kanan) bersaing dengan pemain Burnley, Ben Mae ketika beraksi pada perlawanan di The Hawthorns, England pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia