Utusan Borneo (Sarawak)

USSF umum pemecatan Klinsmann

-

CHICAGO, Amerika Syarikat (AS): Bekas bintang dan jurulatih kebangsaan Jerman, Jurgen Klinsmann, dipecat sebagai jurulatih kebangsaan AS Isnin lepas setelah AS tewas dua perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2018.

Jurulatih berusia 52 tahun itu, yang memenangi trofi Piala Dunia sebagai pemain Jerman pada 1990, membimbing AS sejak 2011.

Presiden Persekutua­n Bola Sepak AS (USSF), Sunil Gulati mengumumka­n “keputusan sukar” tanpa menamakan pengganti. AS hanya akan bermain perlawanan kelayakan Piala Dunia pada bulan Mac tahun hadapan.

“Ketika kami tetap yakin kami mempunyai pemain berkualiti untuk membantu layak ke Rusia 2018 (tuan rumah Piala Dunia), prestasi dan pertumbuha­n pasukan sehingga kini menyebabka­n kami yakin bahawa kami perlu membuat keputusan berat,” kata Gulati.

“Dengan perlawanan kelayakan seterusnya pada bulan Mac 2017, kami mempunyai beberapa bulan untuk memberikan fokus kepada pasukan dan berazam untuk mencari cara terbaik untuk memastikan perjalanan yang lebih berjaya dan layak ke Piala Dunia buat kali kelapan berturut-turut.”

Klinsmann meninggalk­an skuad AS dengan rekod 55 kemenangan dan 27 kalah selain 16 seri sejak memulakan tugas pada 29 Julai 2011, apabila Gulati menamakan beliau untuk menggantik­an Bob Bradley yang dipecat ketika anak Bob, Michael, adalah bintang tengah pasukan.

“Kami mahu berterima kasih kepada Jurgen di atas kerja-keras dan komitmen beliau semasa tempoh lima tahun ini,” kata Gulati. “Beliau menjalanka­n tanggungja­wab dengan penuh bangga dan ada beberapa pencapaian memberangs­angkan sepanjang tempoh itu.”

Klinsmann membimbing AS untuk satu rekod 12 kemenangan berturut-turut pada 2013 dan 16 kemenangan beliau dan purata 0.761 peratus kemenangan pada tahun itu adalah satu rekod tahun bola sepak AS.

Tetapi AS beraksi hambar apabila menduduki tempat keempat kejohanan Piala Emas CONCACAF 2015 dan juga tewas pada perlawanan playoff kepada M e x i c o u n t u k beraksi d a l a m P i a l a K o n - federasi 2017.

Awal bulan ini, AS memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2018 Zon CONCACAF dengan tewas 1-2 kepada musuh tradisi, M e x i c o di tempat s e n d i r i sebelum dikejutkan 0-4 di Costa Rica. D a l a m r e n c a n a yang dikel u a r k a n a k h b a r New Yorkrk Times Isnin snin lepas, Klinsmann smann menolak banyak nyak kritikan sebagaii “b “banyak k perbincang­an dari orang yang tidak faham bola sepak atau pasukan bola sepak” selain menambah pengkritik “melupakan fakta sebenar” dan “tidak hormat.” Klinsmann menggilirk­an barisan pemain dan mengubah formasi permainan beberapa kali tetapi menolak dakwaan tindakan beliau itu menjejaska­n pasukan dengan berkata, “kami membimbing sebuah pasukan yang mengharung­i fasa peralihan.” Gulati bercakap tentang masa depan bola sepak AS, dengan ramai penyokong melihat ia sebagai suram di bawah bimbingan K l i n s - mann. Bruce Arena, jurulatih kelab Los Angeles Galaxy, difahamkan menjadi calon utama untuk menggantik­an Klinsmann.

A r e n a p e r n a h m e m - bimbing AS ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2002 dan juga membawa pasukan ke pusingan ked kedua Piala Dunia 2 2006. MaM a j a l a h s u - k kan SportsS Illustrate­d melaporkan Arena akan mengambil alih jawatan dan pengumuman akan dibuat seawal minggu ini apabila Gulati merancang untuk bertemu dengan media.

Di bawah bimbingan Klinsmann pada 2014, AS menyamai pencapaian mereka di Piala Dunia 2010 apabila melangkah ke pusingan kedua di Brazil.

AS mempunyai baki empat perlawanan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 untuk mengubah nasib mereka dengan perlawanan pertama bermula pada 24 Mac menentang Honduras di tempat sendiri sebelum bertandang ke Panama empat hari kemudian.

Tiga pasukan teratas layak ke Piala Dunia 2018 sementara pasukan di tangga keempat akan bermain perlawanan playoff menentang sebuah pasukan dari Asia. — AFP

 ??  ?? KLINSMANN
KLINSMANN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia