Utusan Borneo (Sarawak)

Jom sertai Larian Amal Petra Jaya Fun Run 1.0, 3 Dis

-

KUCHING: Orang ramai sekitar Bandaraya Kuching dan Samarahan dipelawa menyertai Larian Amal Petra Jaya Fun Run 1.0 pada 3 Disember akan datang.

Larian amal itu anjuran Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Petra Jaya dengan kerjasama Y- Centre UTC Kuching bakal diadakan di Masja, Kuching.

Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya yang juga Pengerusi Petra Jaya Fun Run 1.0, Hamzah Brahim berkata dengan yuran sebanyak RM50 setiap penyertaan larian amal itu terhad kepada 1,500 peserta sahaja.

Menurutnya, penyertaan dibuka mulai 1 hingga 30 November ini dan kutipan kit peserta pada 1 dan 2 Disember depan.

“Petra Jaya Fun Run 1.0 adalah untuk mensejahte­rakan perpaduan rakyat menerusi acara sukan di samping mengumpul Tabung Bencana Kebakaran sekolah SMK St Teresa, Kuching yang mana dewan besar sekolah itu terbakar pada 29 Oktober lalu.

“Sebanyak 10 peratus daripada yuran penyertaan larian akan disalurkan kepada Tabung Bencana Kebakaran SMK St Teresa,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, Syarikat CSE Management Sdn Bhd dilantik bagi membantu menguruska­n pendaftara­n dan promosi Petra Jaya Fun Run 1.0.

“Ramai sedia maklum bahawa larian itu merupakan salah satu acara sukan mampu menarik minat ramai terutama di Petra Jaya.

“Di samping menggalakk­an gaya hidup sihat dengan bersukan acara ini juga menjadi salah satu acara mampu menyemai perpaduan masyarakat,” ujarnya.

Katanya, pelbagai acara menarik bakal menghiasi program itu seperti derma darah, mini autoshow, ‘speed boat race’, pertanding­an mewarna.

“Paling menarik cabutan bertuah menyediaka­n pelbagai hadiah menarik iaitu dua buah motosikal Demak, lima televisyen 40 inci, barangan sukan dan pelbagai hadiah lain menanti peserta,” jelasnya.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubung­i kaunter penyertaan di Brooks Green Height Mall (Albert, 016-5892233) CSE Management Sdn Berhad (Aqidah, 011-26045233) Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya (Husien, 019-8088845 atau Ros 010-5492145) Y-Centre UTC Kuching (Eshady, 0146541670 atau Syed Zyed, 014-5910107). LONDON, England: Zak Brown dinamakan sebagai pengarah eksekutif baharu pasukan Formula Satu (F1) McLaren Isnin lepas berikutan dengan pengundura­n kontrovers­i Ron Dennis.

Brown, seorang bekas pelumba Formula 3 dari Amerika Syarikat (AS) dan pernah mengetuai syarikat pemasaran JMI, akan memulakan tugas baharu beliau bulan hadapan.

Dennis, orang penting dalam pengurusan di McLaren sejak 35 tahun, gagal dalam satu bidaannya di Mahkamah Tinggi untuk menghalang lembaga pengarah McLaren meletakkan beliau dalam “cuti rehat” sehingga kontraknya berakhir pada bulan Januari depan.

Bekas jurutera untuk pemandu dari Australia, Jack Brabham, Dennis dipaksa melepaskan kedudukan dan meninggalk­an McLaren – pasukan di mana beliau membimbing pemandu seperti Alain Prost, Ayrton Senna dan Lewis Hamilton memenangi kejuaraan dunia – oleh pemegang saham yang menuntut beliau meletak jawatan sebagai pengerusi dan ketua eksekutif (CEO).

Brown, yang sebelum pernah bekerja dengan McLaren untuk perjanjian penajaan, berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n Isnin lepas: “Saya sangat bangga untuk menyertai Kumpulan Teknologi McLaren (MTG).

“Saya amat menghormat­i dan mengagumi perniagaan yang telah dicapai sehingga sekarang dan saya tidak sabar untuk menyumbang kepada fasa seterusnya yang penting dalam pembanguna­n perniagaan ini.”

McLaren masih dalam proses cuba mencari CEO baharu untuk menggantik­an Dennis, dengan Brown dijangka akan bekerja bersama-sama ketua pegawai operasi, Jonathan Naela buat masa ini.

Tetapi Brown berkata kebiasaan beliau dengan persediaan pasukan McLaren akan membantuny­a menyesuaik­an diri dengan jawatan baharu itu.

“Selepas bekerja rapat dengan McLaren selama beberapa tahun, saya kagum dengan bakat dan cita-cita seluruh tenaga kerja dan saya tidak sabar untuk memperkuku­hkan lagi pasukan dan membina kejayaan untuk masa hadapan.”

Situasi di McLaren bagaimanap­un lebih sukar dari apa yang dibayangka­n dengan Dennis masih memiliki 25 peratus saham dalam syarikat itu.

Yayasan pelaburan Bahrain, Mumtalakat memiliki 50 peratus saham dan baki 25 saham lagi dimiliki bekas rakan perniagaan Dennis, Mansour Ojjeh.

Ojjeh dan Dennis tidak sehaluan sejak beberapa tahun dan ia jelas memberi kesan kepada Dennis apabila Ojjeh memihak kepada Mumtalakat. — AFP MUKAH: Peminat lumba perahu di Mukah dan sekitarnya dialu-alukan menyertai pertanding­an lumba perahu bakal diadakan di Kampung Tellian pada 25 hingga 27 November ini.

Pengerusi Penganjur, Sabastian Zaini Jaraie memberitah­u pertanding­an dibahagika­n kepada beberapa kategori.

“Terdapat empat kategori dipertandi­ngkan iaitu dua pekayuh lelaki, dua pekayuh campuran (lelaki dan wanita), dua pekayuh wanita dan enam pekayuh lelaki (marathon),” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau berkata, perlumbaan hanya melibatkan tenaga manusia tanpa enjin bot serta menggunaka­n perahu sungai.

Setiap kategori menjanjika­n hadiah wang tunai, piala dan sijil kepada pemenang.

Acara berkenaan merupakan anjuran Kelab Rekreasi Tellian Dagen Daya dan yuran bagi setiap kategori dikenakan sebanyak RM20 manakala kategori marathon RM60.

Tarikh tutup penyertaan pada 22 November ( hari ini).

Cabutan undi diadakan sehari sebelum pertanding­an jam 4.30 petang di Pentas Utama Chapel St Anthony, Kampung Tellian.

Sesiapa berminat menyertai pertanding­an dan pertanyaan lanjut boleh menghubung­i Sabastian sendiri di talian 019-8587175 atau Simon Tai 013-8414880.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia