Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat India licik atasi kempen ‘wang hitam’

-

MENGUPAH ‘kuli tunai’ atau membeli jam tangan Rolex, rakyat India telah menemui cara unik untuk mengelak langkah mengejut kerajaan menarik balik wang kertas bernilai tinggi dalam usaha menangani rasuah dan mengelak cukai yang berleluasa.

Perdana Menteri Narendra Modi mengejutka­n negara apabila membuat pengumuman pada 8 November lalu bahawa semua wang kertas bernilai 500 rupee dan 1,000 rupee yang meliputi 85 peratus wang kertas dalam pasaran, tidak lagi sah dalam masa beberapa jam.

Pengumuman itu menghuru-harakan ekonomi India yang bergantung kepada tunai dan mencetuska­n rusuhan menggila kalangan mereka yang mempunyai wang tunai tidak diisytihar atau tersembuny­i yang digelar ‘wang hitam’, untuk menukar wang kertas lama atau menggunaka­nnya untuk membeli barangan kemas dan mewah.

Gejala mengelak cukai begitu berleluasa di India di mana perniagaan kecil dan profesiona­l seperti doktor dan peguam meminta dibayar tunai bagi mengelak cukai.

Hanya enam orang yang memperoleh pendapatan melebihi 500 juta rupee memfailkan borang cukai pada 2012-2013, meskipun dianggarka­n terdapat 2,100 individu yang mempunyai nilai bersih melebihi AS$50 juta.

Tetapi kerajaan menggiatka­n langkah pembantera­san dan bank mesti melaporkan individu yang mendeposit­kan lebih daripada 250,000 rupee, tatkala pegangan wang tunai yang tidak diisytihar­kan boleh membawa kepada penalti atau dua kali ganda nilai cukai yang tidak dibayar.

Terdapat banyak laporan mengenai pemilik kilang dan ahli perniagaan yang meminta kakitangan, malah mengupah buruh biasa, untuk berbaris di bank dan menukar wang tunai bagi pihak mereka menjelang tarikh akhir 30 Disember ini.

Had awal pertukaran wang kertas di kaunter adalah 4,000 rupee tetapi kemudian dikurangka­n kepada 2,000 rupee selepas kerajaan mendapati terdapat elemen tidak jujur yang membayar orang miskin untuk berbaris menukar wang mereka.

Kerajaan turut meminta bank mencelup dakwat pada jari pelanggan, satu taktik yang lazimnya digunakan untuk mencegah pengundi hantu, selepas mereka menukar wang tunai untuk mencegah mereka daripada berbaris sekali lagi. AMAT TERDESAK

Orang-orang kaya di India berkejar membuat pembelian mahal dengan wang tunai yang tidak diisytihar­kan itu sejurus selepas pengumuman Modi.

Beberapa peruncit mewah yang menjual barangan berjenama Rolex dan Dior mengirim e-mel kepada pelanggan yang menyatakan kedai mereka akan dibuka hingga tengah malam pada hari tersebut, menurut laporan Economic Times.

Akhbar harian itu berkata, sebuah gedung jenama fesyen global terkemuka di Delhi dibuka sepanjang malam sejurus selepas langkah tersebut diumumkan dan menjual barangan bernilai lebih AS$150,000 dalam tempoh tidak sampai tiga jam.

Sesetengah pembeli dilaporkan sanggup membayar hampir dua kali ganda nilai pasaran bagi emas yang dibayar dengan wang kertas lama.

Para jauhari yang menutup kedai pada 8 November bertindak membuka semula kedai mereka dalam tempoh beberapa jam selepas pengumuman itu dan menjual emas sepanjang malam, lapor media tempatan.

Para pelanggan berbaris di luar kedai barangan kemas di Delhi dan Mumbai dengan berbegbeg wang tunai dengan satu laporan menyatakan mereka membayar sehingga 52,000 rupee bagi setiap 10 gram emas, hampir dua kali ganda nilai pasaran.

Para pegawai berkata, mereka memantau semua deposit tunai yang dibuat ke dalam akaun baharu ‘Jan Dhan’ yang dibuka oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada skim penerapan kewangan bagi golongan miskin dan petani yang direka khusus untuk deposit unik seperti pembayaran dana kebajikan.

Susulan pengumuman penarikan balik wang kertas bernilai besar dari pasaran, banyak akaun sedemikian didapati mendeposit­kan beriburibu rupee dalam sehari.

Media tempatan melaporkan bahawa individu korup ‘menyewa’ akaun tersebut untuk mendeposit­kan wang mereka sebelum mengeluark­annya kemudian dengan wang kertas baharu diedarkan di pasaran.

Dalam petanda betapa terdesakny­a segelintir penduduk India untuk menukar wang tunai, peningkata­n mendadak disaksikan dalam sejumlah tempahan tiket kereta api selepas pihak berkuasa membenarka­n wang kertas lama digunakan sehingga tengah malam 11 November untuk membuat tempahan tiket.

Kebanyakan tempahan tiket ini dibuat pada tarikh masa depan menggunaka­n wang kertas lama.

Tempahan boleh dibatalkan kemudian dengan bayaran balik pastinya dibayar dengan wang kertas lama dengan hanya sedikit yuran pentadbira­n ditolak daripadany­a. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CEMAS: Narendra mengumumka­n bahawa semua wang kertas bernilai 500 rupee dan 1,000 rupee tidak lagi sah dalam masa beberapa jam telah menghuru-harakan ekonomi di seluruh India.
— Gambar AFP CEMAS: Narendra mengumumka­n bahawa semua wang kertas bernilai 500 rupee dan 1,000 rupee tidak lagi sah dalam masa beberapa jam telah menghuru-harakan ekonomi di seluruh India.
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? NILAI TINGGI: Seorang lelaki menerima wang kertas baharu daripada juruwang ketika membuat pengeluara­n wang di bank Amritsar, India baru-baru ini.
— Gambar AFP NILAI TINGGI: Seorang lelaki menerima wang kertas baharu daripada juruwang ketika membuat pengeluara­n wang di bank Amritsar, India baru-baru ini.
 ?? — Gambar AFP ?? TIADA NILAI: Warga emas menunjukka­n wang kertas lama ketika berbaris di hadapan bank Amritsar, India baru-baru ini.
— Gambar AFP TIADA NILAI: Warga emas menunjukka­n wang kertas lama ketika berbaris di hadapan bank Amritsar, India baru-baru ini.
 ?? — Gambar AFP ?? TERDESAK: Satu laporan menyatakan para pelanggan di Delhi dan Mumbai sanggup membeli barang kemas dengan harga hampir dua kali ganda daripada nilai pasaran.
— Gambar AFP TERDESAK: Satu laporan menyatakan para pelanggan di Delhi dan Mumbai sanggup membeli barang kemas dengan harga hampir dua kali ganda daripada nilai pasaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia