Utusan Borneo (Sarawak)

Filem tentang penceroboh­an makhluk asing yang bijak

- Oleh Frankie Taggart

ADAKAH kita bersendiri­an di alam semesta ini? Ia merupakan satu persoalan yang sudah mengasyikk­an ramai pembuat filem sejak ‘A Trip to the Moon’ mengumumka­n diri sebagai filem makhluk asing pertama di dunia pada 1902.

Lebih kurang seabad selepas filem bisu Perancis selama 17 minit itu, makhluk asing Hollywood sudah berkunjung dalam semua bentuk dan saiz, daripada tripod yang memberi ancaman dan cicak yang melakukan genosid hingga kepada robot-manusia yang baik.

Sementara filem-filem ini selama ini merupakan karya picisan yang sarat dengan kesan khas, satu sub-genre bagi filem berbajet rendah dan berunsur intelektua­l sudah secara senyap-senyap menyelinap masuk ke dalam aliran utama.

Mendahului perkembang­an ini pada tahun ini adalah filem pengarah Denis Villeneuve, dari Kanada, ‘Arrival’, yang ditayangka­n di pawagam AS pada 11 Nov selepas menerima satu pencalonan ‘Golden Lion’ di Festival Filem Venice dan diramal akan menikmati kejayaan di Anugerah Oscar.

Mengambil petunjuk dari filem klasik seperti ‘Close Encounters of the Third Kind’ (1977) dan ‘Contact’ (1997), ‘Arrival’ mencabar tanggapan bahawa kunjungan makhluk asing bermakna peperangan terakhir yang nyaring dan mahal.

Villeneuve, pengarah filem ‘Sicario’ (2015) serta filem sekuel kepada filem fiksyen sains yang ikonik dan digemari ramai ‘Blade Runner’ yang dinantinan­tikan pada tahun depan, tidak sekadar terhad dengan kapal angkasa dan makhluk asing.

Namun dia menggunaka­nnya untuk mengangkat tema-tema ontologi dan epistemolo­gi yang begitu serius seperti sifat masa angkasa, bagaimana bahasa dan memori berfungsi, dan apa yang berlaku apabila kita tidak dapat berkomunik­asi.

“Trend akan sentiasa ada dalam filem tetapi saya percaya orang – saya tidak mahu sebut bosan – tetapi kurang tertarik dengan filem yang dipacu oleh kesan visual yang besar-besaran,” kata penerbit ‘Arrival’ Aaron Ryder.

“Saya juga rasa sedikit keletihan mungkin ada di dalam genre adiwira. Kita tidak akan tahu daripada ‘box office’ tetapi saya rasa ada.” - ‘Anti Independen­ce Day’ - Ryder mungkin memikirkan tentang ‘Batman v Superman: Dawn of Justice’, yang menggembir­akan akauntan di Warner Bros. pada awal tahun ini tetapi dikritik oleh pengkritik.

Salah seorang bintang dalam filem itu, Amy Adams memegang watak utama dalam ‘Arrival’ sebagai Louise Banks, seorang pakar bahasa yang dilantik oleh angkatan tentera selepas lenggai makhluk asing muncul di seluruh dunia, untuk membantu mereka memahami apa yang diinginkan oleh penjajah ‘heptapod’ mereka.

Kuasa dunia berbalah di kalangan mereka sendiri dan sekumpulan negara yang diketuai China memutuskan iaitu untuk menyelamat­kan umat manusia, mereka harus memusnahka­n makhluk besar yang lemah-lembut ini di langit.

Ia terpulang ke Banks, seorang ibu yang pernah kehilangan orang tersayang, untuk menggadaik­an nyawa dengan menghulurk­an tangan kepada makhluk angkasa lepas berkenaan.

Filem itu menggandin­gkan Adams dengan seorang lagi bintang ‘American Hustle’, Jeremy Renner, dengan membawa watak berlainan sebagai seorang pakar matematik yang pemalu dan bersuara lembut dalam satu lakonan murah hati yang memberi ruang kepada rakan yang berlakon bersamanya untuk menyinar.

Dengan meletakkan hubungan ibu-anak perempuan di tengahteng­ah naratif, ‘Arrival’ memberi kesan emosi yang jarang sekali dilihat dalam persekitar­an filem-filem fiksyen sains blockbuste­r yang gersang dan utilitaria­n.

Pengkritik bersetuju ia adalah lebih umpama sepupu ‘Interstell­ar’ dan ‘Under the Skin’ dari segi budaya berbanding filem blockbuste­r serangan makhluk asing yang bodoh dan besar seperti ‘Independen­ce Day: Resurgence’.

Berdasarka­n cerita pendek karya Ted Chiang, ‘Story of Your Life’, ia digambarka­n sebagai ‘Anti Independen­ce Day’ oleh akhbar Hollywood Reporter. - ‘Kisah menyentuh hati’ -

“Ia adalah cerita yang begitu penting dan menyentuh hati bagi saya ketika saya membacanya dan saya gembira kerana ia sudah diterjemah­kan kepada skrin besar,” kata Adams kepada pemberita di tayangan perdana filem tersebut di Los Angeles baru-baru ini.

Calon lima kali Oscar berusia 42 tahun itu berkata filem itu mengingatk­annya kepada nilai “kehidupan, semua kehidupan, kehidupan anak perempuan saya, komunikasi, perhubunga­n kita”.

Berlatarbe­lakangkan Montana, penggambar­an ‘Arrival’ dibuat di wilayah asal Villeneuve, Quebec, dengan bajet yang dilaporkan sebanyak AS$50 juta (RM210 juta) – bajet kecil bagi sebuah filem fiksyen sains terkemuka.

David Linde, penerbit bersama Ryder dan Dan Levine, berkata pasukannya dan pengarah dari mula lagi mahu membuat sebuah filem yang rasa “amat berbeza”, walaupun genre itu sudah biasa.

“Saya mahu percaya dengan pasti bahawa orang yang mungkin mahu menonton filem pada petang Sabtu dan ada bertih jagung akan benarbenar terhibur,” katanya.

Namun dia menambah, ciri filem itu yang emosional seharusnya bergema pada tahun yang menyaksika­n Brexit, pilihan raya yang memecah-belah rakyat Amerika Syarikat, dan kemunculan krisis pelarian Syria. “Semua ini adalah isu-isu serius dan pada terasnya, jika kita dapat berkomunik­asi lebih baik mengenai mereka, dengan satu sama lain, saya rasa mungkin mereka tidak akan rasa begitu ingin berbalah dan tidak begitu menakutkan,” katanya. — AFP

 ??  ?? WATAK UTAMA: Amy Adams (kiri) sebagai Louise Banks bersama Jeremy Renner dalam ‘Arrival’.
WATAK UTAMA: Amy Adams (kiri) sebagai Louise Banks bersama Jeremy Renner dalam ‘Arrival’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia