Utusan Borneo (Sarawak)

Utusan Borneo Sabah terima Anugerah Khas Media 2016

-

TAWAU: Peranan Utusan Borneo Sabah sebagai surat khabar yang terus komited dalam menjayakan agenda perpaduan di negeri ini terus mendapat penghargaa­n apabila sekali lagi terpilih menjadi penerima Anugerah Khas Media 2016.

Anugerah Khas Media itu diberikan kepada Utusan Borneo Sabah kerana komitmenny­a dalam menyiarkan berita mengenai program-program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah termasuk program anjuran Kawasan Rukun Tetangga, Jiran Wanita, Jiran Muda, Tunas Jiran, Jiran Emas, Skim Rondaan Sukarela, Tabika Perpaduan dan sebagainya dalam ruangan Jejak Perpaduan setiap minggu di akhbar itu.

Penyampaia­n Anugerah Khas Media itu diadakan di Tawau sempena Program Demi Negara Kawasan Rukun Tetangga Daerah Tawau Tahun 2016, di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau, Sabtu lepas.

Anugerah itu diterima oleh Wartawan Kanan Abd Naddin Shaiddin yang mewakili akhbar Utusan Borneo Sabah, akhbar berbahasa Malaysia paling berprestij di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup menyampaik­an sendiri Anugerah Khas Media 2016 itu. Turut menerima Anugerah Khas Media ialah RTM manakalah akhbar lain turut menerima penghargaa­n.

Ketika berucap pada majlis itu, Kurup berkata perpaduan dan keharmonia­n di negara ini adalah aspek yang amat penting dan perlu dijaga serta dipelihara dengan sebaikbaik­nya.

“Jika kita gagal mengekalka­n perpaduan ataupun tidak menguruska­nnya dengan baik dan bijak maka ia boleh membawa kepada perpecahan, permusuhan dan sikap prejudis dalam masyarakat,” katanya.

Justeru, beliau menyifatka­n penganjura­n program itu adalah manifestas­i kepada usaha kerajaan untuk menyedarka­n rakyat akan kepentinga­n menyemai perasaan muhibah, memupuk dan mengekalka­n keharmonia­n serta hormatmeng­hormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau melahirkan keyakinan program itu berupaya menyemarak­kan lagi semangat patriotism­e dan cintakan negara di samping dapat memperkuku­hkan lagi taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara.

Program Demi Negara KRT Daerah Tawau itu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman yang diwakili oleh Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Negeri yang juga ADUN Apas.

Terdapat 48 Kawasan Rukun Tetangga, 21 Skim Rondaan Sukarela dan 14 Tabika Perpaduan di Daerah Tawau dan diharap meningkatk­an lagi usaha menyatupad­ukan serta meneguhkan benteng keselamata­n dalam mewujudkan suasana selamat dan harmoni dalam kalangan komuniti di kawasan Rukun Tetangga masing-masing.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming, Timbalan Ketua Pengarah JPNIN Zulkifli Hashim, Pengarah JPNIN Sabah Delin Liet Blaun dan pegawai kanan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia