Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri KKLW terdahulu tidak pernah beri taklimat

KM dakwa beliau berulang kali meminta untuk bertemu

-

KOTA KINABALU: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) terdahulu tidak pernah memberitah­u kerajaan Sabah mengenai projek dan peruntukan yang diberikan untuk pembanguna­n negeri ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semalam.

Tanpa menyebut nama menteri itu, Musa berkata menteri berkenaan tidak mempraktik­kan amalan kebanyakan menteri persekutua­n lain yang mengambil inisiatif untuk berjumpa dengannya bagi memaklumka­n manfaat yang bakal diterima Sabah.

“Secara praktis, biasanya menteri persekutua­n akan datang berjumpa ketua menteri, selalunya untuk membawa perkhabara­n yang baik.

“Menteri KKLW pada ketika itu, selama dia menjadi menteri tidak pernah sekalipun datang berjumpa dengan saya... walaupun saya telah berulang kali meminta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Wilfred Bumburing (PCS-Tamparuli) pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah di sini.

Bumburing ingin tahu sama ada kerajaan negeri pernah diberi taklimat oleh mana- mana menteri persekutua­n mengenai peruntukan pembanguna­n untuk Sabah.

Musa berkata langkah memaklumka­n peruntukan persekutua­n terus kepadanya membolehka­n tindakan sesuai dapat diambil oleh kementeria­n negeri berkaitan.

Mengenai dakwaan menteri KKLW itu dikaitkan dengan pegawai kanan Jabatan Air Negeri yang disiasat dalam kes salah guna kuasa, beliau berkata pihaknya tidak tahu mengenai perkara itu.

“Dia ( menteri KKLW) mungkin ada berhubung terus dengan Jabatan Air. Kalau ada, itupun kita tidak tahu.

“Yang kita tahu, projek air di Sabah tidak pernah siap di mana-mana kawasan, termasuk di Semporna sendiri,” katanya.

Musa berkata sebagai ketua menteri beliau bersedia menerima pelbagai tohmahan orang dan bersikap terbuka untuk mendengar aduan dan permasalah­an yang dihadapi oleh rakyat, termasuk pembangkan­g.

Bagaimanap­un, beliau kecewa peruntukan berbilion ringgit daripada kerajaan pusat untuk Sabah tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negeri ini akibat tindakan menteri itu yang seolah-olah tidak mempedulik­an kebajikan Sabah. — Bernama

 ??  ?? DIREMAN: Dua kontraktor dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan untuk mendapatka­n perintah reman semalam.
DIREMAN: Dua kontraktor dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan untuk mendapatka­n perintah reman semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Mizma menyampaik­an sijil konvokesye­n kepada salah seorang penerimany­a.
TAHNIAH: Mizma menyampaik­an sijil konvokesye­n kepada salah seorang penerimany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia