Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa perlu hantar anak OKU ke sekolah

-

LAHAD DATU: Ketua Wanita UMNO Silam Mizma Appehdulla­h menggesa ibu bapa khasnya di luar bandar agar memastikan anak orang kurang upaya (OKU) tidak tersisih daripada mendapatka­n pendidikan.

Menurutnya keengganan mereka membenarka­n anak OKU mendapat pendidikan akan merugikan mereka sedangkan jika mereka didedah dengan pendidikan masa depan anak-anak OKU ini boleh berubah.

“Di kawasan luar bandar terutamany­a, ibu bapa janganlah bertindak menyembuny­ikan anak yang sungguh istimewa ini semata- mata mahu menjaga status keluarga, berasa malu mempunyai anak OKU dan pelbagai macam lagi alasan.

“Kita juga berperanan memastikan ahli komuniti kita, jiran kita atau ahli keluarga kita yang OKU dilayan sama rata seperti kanak-kanak normal dan perlu ke sekolah menimba ilmu serta kemahiran demi masa depan mereka,” katanya.

Mizma berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu, di Dewan Sujana Putra, di sini, kelmarin.

Menurutnya kerajaan menyediaka­n pelbagai kemudahan khas untuk pendidikan OKU dan apabila bekerja mereka turut mendapat Elaun Pekerja Cacat serta pelbagai kemudahan akan diberi apabila menggunaka­n Kad OKU setelah berdaftar di Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah.

Katanya, OKU mempunyai kelebihan yang tersendiri dan apabila mereka mendapat pendedahan dan pendidikan lanjut mereka boleh mencapai kecemerlan­gan yang membanggak­an.

“Ini terbukti dalam Temasya Sukan Paralimpik di Rio, Brazil apabila atletatlet OKU mengharumk­an nama negara dengan kejayaan gemilang mereka sekali gus mencipta sejarah yang tersendiri seterusnya menjadikan mereka ikon sukan dengan menikmati pelbagai insentif yang menjamin hidup mereka,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar Sakka Labacho ketika berucap berkata mendidik OKU sememangny­a mencabar namun ia satu pengalaman yang berharga dalam melaksanak­an tanggungja­wab pendidik di sekolah.

“Saya turut menyeru agar ibu bapa tidak menyisihka­n anak- anak OKU dengan tampil menyekolah­kan mereka kerana melalui pendidikan mereka boleh mengenali dunia seterusnya dibimbing untuk berdikari untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna,” katanya.

Majlis itu meraikan lima pelajar OKU dan salah seorang daripada mereka ialah Mohd Haizuan Abdul San, 12, yang tidak boleh berjalan sejak dilahirkan lagi.

Ketika ditemui Utusan Borneo, Haizuan berkata sejak bersekolah dia semakin yakin untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang pensyarah.

“Kami orang susah, ibu menjual kuih-muih dan bapa sudah tidak ada lagi. Saya berazam untuk belajar bersungguh- sungguh kerana hanya dengan cara itu saya boleh membantu keluarga saya dan menunaikan impian ibu dan bapa untuk mempunyai seorang anak seorang pensyarah,” katanya.

 ??  ?? SYABAS: Abd Naddin menerima Anugerah Khas Media yang disampaika­n oleh Kurup.
SYABAS: Abd Naddin menerima Anugerah Khas Media yang disampaika­n oleh Kurup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia