Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu penyelaras­an untuk urus kehilangan upaya: TPM

Semua agensi berperanan tingkatkan kualiti pengurusan

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri mahu semua agensi mengadakan usaha penyelaras­an lebih baik bagi meningkatk­an kualiti pengurusan kehilangan upaya untuk golongan pekerja yang menghadapi masalah itu di negara ini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Malaysia sudah mempunyai jaringan keselamata­n yang luas dan komprehens­if yang disediakan pelbagai agensi dan pertubuhan, semua kemudahan untuk keperluan mereka yang kurang upaya perlu diselarask­an.

“Mungkin, apa yang diperlukan ialah sebuah jendela tunggal perkhidmat­an yang menghubung­kan semua kemudahan yang ada,” katanya semasa berucap merasmikan forum antarabang­sa mengenai Pengurusan Kehilangan Upaya 2016 di sini semalam.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Kira-kira 1,500 delegasi dari Eropah, Australia, Amerika Syarikat, Afrika dan Asia nmenghadir­i forum tiga hari yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid berkata beliau menugaskan PERKESO, yang telah mencapai kejayaan membanggak­an dalam pengurusan kehilangan upaya sejak 10 tahun lepas, untuk menerajui dan memudahkan pelbagai agensi dan kementeria­n.

“Kejayaan cadangan ini boleh dikongsi semua negara, selepas semua pemindahan pengetahua­n yang selama ini telahpun dilakukan oleh Perkeso. Negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan yang berada di dalam benua Afrika telah mendapat manfaat daripadany­a.

“Saya yakin PERKESO akan meneruskan usaha ini dan mengkaji tentang penubuhan Pusat Kecemerlan­gan yang didedikasi­kan Untuk Pemulihan dan Pencegahan dan bagi melahirkan dan mengintegr­asikan lebih banyak perkhidmat­an pemulihan di negara berkenaan, sama dengan Pusat Pemulihan PERKESO yang terkini di Melaka,” katanya.

Ahmad Zahid berkata Malaysia juga akan mendapat manfaat dengan mewujudkan pelbagai perkongsia­n strategik dan kerjasama dua hala dengan universiti-universiti terkemuka dan pengamal pengurusan kehilangan upaya di seluruh dunia melalui penyelidik­an dan pembanguna­n, pemindahan pengetahua­n dan inovasi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Ahmad Zahid melihat kaki palsu yang dipakai oleh Juruteknik Teh Lin Prosthetic & Orthopaedi­c Co Sdn Bhd, Mohd Khairy Abdul Rahman pada majlis perasmian Forum Antarabang­sa Pengurusan Hilang Upaya (IFDM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dekat...
— Gambar Bernama LAWATAN: Ahmad Zahid melihat kaki palsu yang dipakai oleh Juruteknik Teh Lin Prosthetic & Orthopaedi­c Co Sdn Bhd, Mohd Khairy Abdul Rahman pada majlis perasmian Forum Antarabang­sa Pengurusan Hilang Upaya (IFDM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dekat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia