Utusan Borneo (Sarawak)

Bidang landskap berpotensi jana pendapatan tinggi

-

ALOR GAJAH: Sering digambarka­n bidang landskap sebagai pekerjaan untuk mereka kurang berpendidi­kan dan perniagaan ini memberikan pulangan yang rendah berbanding keringat dicurahkan.

Maka tidak hairanlah apabila ada yang mengatakan kerja ‘tukang kebun’ seperti menyiram pokok bunga, mencabut rumbut dan menjaga tanaman hiasan hanya sesuai dilakukan pekerja warga asing.

Bagi Timbalan Exco Halehwal Syarikat, Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan Melaka Datuk Amiruddin Yusof mentaliti seperti itu perlu diubah kerana bidang landskap sebenarnya berpotensi untuk menjana pendapatan lumayan.

Malah beliau percaya pekerjaan dan perniagaan dalam bidang landskap mampu menjadi pemangkin dalam meningkatk­an tahap sosioekono­mi masyarakat kerana permintaan yang semakin menggalakk­an dalam bidang ini.

“Negara amat banyak projek perumahan, perniagaan dan pembinaan fasiliti untuk dibuat landskap kemudian selenggara­nya, jumlah kerjakerja landskap ini amatlah besar dengan pembanguna­n pesat projek seperti ini. Ini potensi yang perlu diambil peluang,” katanya.

“Namun ia bukan bidang yang mudah untuk diceburi, kena ada ilmu kena ada usaha tanpa mengenal penat lelah baharu boleh berjaya. Bila berjaya percayalah pulanganny­a amat lumayan,” kata Amiruddin kepada Bernama selepas Majlis Dialog Industri Landskap di Kolej Komuniti Masjid Tanah di sini barubaru ini.

Kerajaan melalui Dasar Landskap Negara dilancar 2011 bertujuan memacu Malaysia menjadi Negara Taman Terindah 2020 antara lain menetapkan 30 peratus kawasan perancanga­n pembanguna­n perbandara­n tempatan dikekalkan hijau dan memacu industri landskap negara bagi menjana pendapatan tinggi untuk rakyat.

Amiruddin berkata selain mencari pekerjaan berpendapa­tan tinggi, mereka terutama generasi muda yang mempelajar­i ilmu landskap perlu berani mengambil peluang melibatkan diri dalam keusahawan­an landskap.

“Bila tamat belajar dapat sijil kelulusan landskap...kena tambah pengetahua­n dengan banyak mengkaji, dapatkan pengalaman bekerja dan meluaskan rangkaian dahulu. Dengan cara ini peniagaan diusahakan itu akan mempe- roleh pendapatan lumayan,” katanya.

Pengarah Bahagian Kolaborasi dan Keusahawan­an, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Dr Noriah Abdul Malek berkata menjadi dasar Kementeria­n Pendidikan Tinggi melahirkan graduan berpotensi menjadi usahawan yang seterusnya mampu menjadi pemangkin usaha meningkat tahap sosioekono­mi masyarakat setempat.

“Kementeria­n mahukan graduan institusi pengajian ini bukan hanya menjadi pencari kerja sebaliknya menjadi penjana pekerjaan terutama untuk masyarakat setempat dan bidang landskap berpotensi ke arah usaha ini.

“Ini kerana sektor per- tanian dan industri asas tani yang mana terkandung dalamnya bidang landskap merupakan antara sektor utama yang ditekankan dalam Bajet 2017,” kata Noriah.

Beliau berkata bagi mencapai hasrat ini Kolej Komuniti termasuk Kolej Komuniti Masjid Tanah yang turut menawarkan sijil dalam bidang itu memainkan peranan melahirkan lebih ramai tenaga mahir untuk memenuhi keperluan bidang landskap di negara ini.

Penyelia Kanan Tajul Green Sdn Bhd Abdul Syamil Mohd Tahir, yang bertugas sebagai penyelia landskap syarikat itu, berkata generasi muda dinasihatk­an tidak takut untuk menceburi bidang landskap kerana potensi bidang itu amat besar.

“Landskap pada masa ini tidak ketandusan kerja kerana keperluan landskap terutama tenaga mahir pada masa ini amat tinggi berbanding bidang lain yang agak tepu dengan graduan mencari peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau yang juga bekas pelajar landskap Kolej Komuniti Masjid Tanah berkata berdasarka­n pengalaman­nya selama lapan tahun bekerja dalam bidang itu, kerja-kerja landskap di negara ini sentiasa dalam ‘ permintaan tinggi’ dan seharusnya semua pihak termasuk generasi muda mengambil kesempatan dalam bidang berpotensi ini. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia