Utusan Borneo (Sarawak)

Everrise adakan karnival ‘Little Cuddles Fair’ 25 hingga 27 November di Everrise Batu 4

-

KUCHING: Everisse sekali lagi akan mengadakan ‘Little Cuddles Fair’ bermula 25 hingga 27 November ini di Everrise Batu 4, di sini.

Karnival itu akan melibatkan penyertaan daripada Friso, Anmum, P & G, Mead Johnson, Abbott, Karihome, Dettol, Ribena, Goo.N, Drypers, Pureen, Pet Pet, Diapex dan Anakku.

Sementara itu, rakan-rakan lain yang turut mengambil bahagian termasuk Pizza Hut, Korea Colours, Sarawak River Cruise, Raw Kitchen Juice dan U-Cha.

Sempena penganjura­n edisi kedua itu, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasukan parti kanak-kanak dan pertanding­an mewarna yang menawarkan banyak hadiah.

Salah satu acara kemuncak ialah ‘Children Tea Party’ yang akan diadakan pada 26 November (Sabtu) jam 1.30 petang.

Kanak- kanak boleh menikmati makanan dan minuman yang lazat semasa parti yang akan turut dimeriahka­n dengan kehadiran badut.

Pendaftara­n adalah percuma, bagaimanap­un ia terhad kepada 25 orang kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun.

Bagi pertanding­an mewarna pula akan diadakan pada 27 November ( Ahad) jam 3.30 petang yang terbuka kepada 20 peserta berumur tujuh hingga sembilan tahun sahaja.

Peserta diminta untuk membawa meja, kerusi, alat tulis dan bahan mewarna mudah alih mereka sendiri.

Dengan pembelian RM30 ke atas di Everrise Batu 4, pelanggan layak untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini.

Semasa pameran tersebut, banyak hadiah percuma akan diberikan terutama kepada pelanggan yang melakukan pembelian RM50 ke atas dalam satu resit.

Pelanggan berpeluang menerima beg cenderahat­i edisi khas yang disediakan oleh Everrise dalam tempoh pameran yang akan bermula dari jam 9.30 pagi dan dijangka berakhir pada jam 10 malam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia