Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspo ICT Sarawak 2016 di Stadium Tertutup Miri pada 2-4 Disember ini

-

MIRI: Persatuan Jualan dan Perkhidmat­an Komputer (CSSA) Sarawak Cawangan Miri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM) menganjurk­an Ekspo ICT Sarawak 2016 di Stadium Tertutup Miri pada 2 hingga 4 Disember depan.

Dengan tema ‘Gaya Hidup Digital Anda’ sejumlah 70 vendor mengambil bahagian mempamerka­n produk komputer dan komunikasi dengan jenama seperti Lenovo, Asus, HP, Canon, Epson dan Acer.

Setiausaha CSSA Sarawak Cawangan Miri, Victor Kuan menjelaska­n bahawa Telekom Malaysia Berhad (TM) dilantik sebagai ‘Rakan Telco Platinum’ untuk ekspo ini.

“TM telah menerajui sektor perkhidmat­an jalur lebar dengan perkhidmat­an UniFi. Sempena Ekspo ICT Sarawak 2016 ini, TM menawarkan pakej jalur lebar UniFi sangat menarik kepada orang ramai,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Selain itu, Forum Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) juga akan tampil pada ekspo ini memberi maklumat tentang ‘Content Code’ iaitu siri garis panduan dan prosedur bagi amalan baik dan standard untuk pemain- pemain industri komunikasi dan multimedia dan bagaimana kandungan multimedia disebarkan kepada orang ramai.

Turut mengambil bahagian sektor telefon mudah alih dengan jenama seperti Lenovo, Asus, Samsung. Apple, Huawei, Vivo dan Oppo.

Pembanguna­n perisian juga akan mengambil bahagian dengan memperkena­l program perisian mereka yang boleh digunakan untuk menjalanka­n perniagaan dengan mudah.

Terdapat juga empat bank iaitu UOB Bank, Hong Leong Bank, Standard Chartered Bank dan RHB Bank menyertai ekspo ini mempromosi­kan produk-produk dan perkhidmat­an kewangan mereka.

Oleh itu, orang ramai dijemput melawat Ekspo ICT Sarawak 2016 yang dibuka dari jam 11 pagi hingga 9 malam sepanjang tempoh tiga hari.

Turut hadir Pengurus TM kawasan Miri, Limbang dan Bintulu Sharifah Bahiyah Wan Ibrahim, Pengerusi CSSA Sarawak Cawangan Miri Yong Chee Tak, pengerusi penganjur Expo ICT Sarawak 2016, John Lee dan ahli-ahli jawatankua­sa pusat CSSA Sarawak Miri.

 ??  ?? GAYA HIDUP DIGITAL: Victor (dua kiri), John (tiga kiri), Sharifah Bahiyah (empat kiri), Yong (lima kiri) serta ahli jawatankua­sa pusat CSSA Sarawak Miri mempamerka­n kain rentang Ekspo ICT Sarawak 2016.
GAYA HIDUP DIGITAL: Victor (dua kiri), John (tiga kiri), Sharifah Bahiyah (empat kiri), Yong (lima kiri) serta ahli jawatankua­sa pusat CSSA Sarawak Miri mempamerka­n kain rentang Ekspo ICT Sarawak 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia