Utusan Borneo (Sarawak)

Kongres Asia berkenaan Mekanik Bendalir sedia platform terbaik untuk bertukar idea

-

KUCHING: Kongres Asia berkenaan Mekanik Bendalir (ACFM) menyediaka­n platform terbaik untuk bertukar idea dan pengalaman serta mengasimil­asikan maklumat terkini dalam bidang berkaitan.

Presiden Institut Jurutera Malaysia (IEM) Tan Yean Chin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Kongres ke-15 ACFM di sini kelmarin.

“Saya gembira untuk menyatakan bahawa kongres ini telah berjaya membawa pelbagai jurutera dari pelbagai negara untuk bersama-sama dan sesungguhn­ya amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah.

“Kita telah menjemput penceramah terkenal yang akan membentang­kan pelbagai topik yang berkaitan dengan pelbagai bidang berkenaan mekanik bendalir,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Naib Presiden IEM, Profesor Dr Jeffrey Chiang kelmarin.

Tan berkata, objektif ACFM adalah untuk mengkaji kemajuan yang telah dicapai dalam bidang mekanik bendalir untuk memudahkan pertukaran perbincang­an dan keputusan berkenaan isu dalam amalan penyelidik dan jurutera mekanik bendalir.

Tan menambah ACFM dianjurkan dengan tujuan un- tuk menggalakk­an kerjasama saintifik dan teknikal dan pertukaran idea di kalangan negara-negara Asia.

Begitu juga, pengerusi penganjur kongres, Profesor Dr Kannan Munisamy berkata, mekanik bendalir adalah bidang yang berpotensi besar untuk dijadikan topik perbincang­an.

Selain itu, Pengerusi Jawatankua­sa Mekanik Bendalir (AFMC) Asia Professor G. S. Bhat berkongsi bahawa AFMC telah diasaskan pada tahun 1980 di India untuk memajukan penyelidik­an dalam mekanik bendalir di Asia melalui interaksi dan pertukaran maklumat antara pekerja dalam bidang mekanik bendalir.

Pada masa sama, IEM dalam satu kenyataan berkata setiap ACFM, perkembang­an terkini dalam mengkaji teori, amalan dan pengiraan serta kemajuan industri dan teknologi dalam mekanik bendalir telah dibentangk­an.

Kongres ACFM ke-15 2016 yang bermula 21 November dan berakhir pada 24 November ini telah disertai oleh 150 peserta dari Jepun, China, Malaysia, Bangladesh, Republik Czech, Pakistan, India, Sri Lanka, Indonesia, Amerika Syarikat dan Iran.

Oleh itu, Tan berharap semua perwakilan di ACFM15 2016 akan mengambil bahagian secara aktif.

Beliau juga memuji pe- nasihat Jawatankua­sa Tempatan ACFM Datuk Dr. Ow Chee Sheng yang merupakan mantan Presiden IEM kerana memainkan peranan penting dalam membawa 15 ACFM 2016 ke sini.

Selain itu, Tan juga merakamkan penghargaa­n kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan kerajaan negeri serta Biro Konvensyen Sarawak, organisasi dan insitusi berkaitan.

Antara yang hadir pada majlis perasmian Kongres Asia ke-15 di Mekanik Bendalir 2016 itu adalah Pengerusi IEM Cawangan Sarawak, Vincent Tang, perwakilan asing dan tempatan serta rakan jurutera.

 ?? — Gambar Kong Jun Lung ?? KONGRES: Chiang (lapan kiri), Munisamy (tengah), Tang (enam kanan) bersama sebahagian daripada perwakilan daripada ACFM-15 yang mengambil bahagian pada sesi bergambar selepas perasmian kongres.
— Gambar Kong Jun Lung KONGRES: Chiang (lapan kiri), Munisamy (tengah), Tang (enam kanan) bersama sebahagian daripada perwakilan daripada ACFM-15 yang mengambil bahagian pada sesi bergambar selepas perasmian kongres.
 ?? — Gambar Kong Jun Lung ?? PLATFORM: (Dari kiri) Tang, Munisamy dan Chiang serta dua perwakilan lain mengambil bahagian pada sesi bergambar selepas perasmian kongres kelmarin.
— Gambar Kong Jun Lung PLATFORM: (Dari kiri) Tang, Munisamy dan Chiang serta dua perwakilan lain mengambil bahagian pada sesi bergambar selepas perasmian kongres kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia