Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan Bumiputera dapat bahagian adil

GABEM cadang k’jaan wujudkan mekanisme yang berkaitan dengan pelaburan M’sia-China

-

MELAKA: Kerajaan persekutua­n perlu mewujudkan mekanisme bagi memastikan Bumiputera mendapat bahagian yang adil hasil daripada pelaburan Malaysia-China, kata Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM).

Pengerusin­ya Tan Sri Dr Abdul Rahim Tamby Chik berkata mekanisme berkenaan mampu memainkan peranan penting dalam memantau projek, teru- tama yang melibatkan infrastruk­tur dan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan.

“Menerusi mekanisme ini, kerajaan perlu menubuhkan jawatankua­sa pegawai tinggi bagi memantau pelaksanaa­n projek, terutama yang melibatkan Bumiputera.

“Ini perlu memandangk­an tanggapan, terutama dalam kalangan Bumiputera, bahawa pelaburan China tidak akan memberi manfaat saksama kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China baru-baru ini yang selain menyatukan hubungan dua hala, juga menghasilk­an 14 perjanjian pelaksanaa­n beberapa projek ikonik dan mega ditandatan­gani membabitka­n kira-kira RM144 bilion antara Malaysia dan syarikat China, yang akan menyumbang kepada pembanguna­n sosioe- konomi Malaysia.

Abdul Rahim berkata dari sudut pandangan perniagaan, mekanisme itu diperlukan bagi menghapusk­an diskrimina­si, terutama dalam kalangan kontraktor Bumiputera dan Cina Malaysia, sekali gus memastikan persaingan yang adil.

“Dari sudut pandangan peluang pekerjaan pula, Bumiputera bimbang terhadap diskrimina­si dari segi pelantikan, penempatan dan kenaikan pangkat, terutama kemahiran dalam penguasaan bahasa Mandarin menjadi satu keperluan,” katanya.

Beliau berkata GABEM bimbang jurang sosioekono­mi di Malaysia akan semakin besar jika Bumiputera ketinggala­n dalam projek-projek tersebut.

Abdul Rahim juga berkata golongan Bumiputera perlu merebut peluang dan memanfaatk­an sepenuhnya projek terbabit.

“Jangan ambil mudah, ini bukan satu tiket untuk mendapat pendapatan tinggi tanpa keringat dan air mata. Bumiputera mesti bekerja keras,” katanya.

Beliau berkata GABEM bersedia membantu kerajaan dan pelabur mencari usahawan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk memenuhi keperluan projek. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia