Utusan Borneo (Sarawak)

MPOB menang pingat emas, Perak dan gangsa pada i-INOVA

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memenangi masingmasi­ng satu pingat emas dan perak serta dua pingat gangsa bagi teknologi berkaitan minyak sawit pada Ekspo Inovasi Islam 2016 (1-INOVA) kali ketujuh baru-baru ini.

Ekspo itu berlangsun­g pada 8 Nov, 2016.

Sehingga kini, MPOB telah membangunk­an lebih 600 teknologi berkaitan industri kelapa sawit untuk diterima pakai dan pengkomers­ialan oleh peserta industri dan usahawan.

Mengulas anugerah terbaru MPOB itu, Ketua Pengarahny­a Dr Ahmad Kushairi Din berkata MPOB bangga terhadap pencapaian para pegawai penyelidik­annya serta sumbangan semua petugas ke arah meningkatk­an dan memperkuku­hkan industri kelapa sawit Malaysia.

“Inovasi dan penemuan teknologi baharu merupakan langkah ke hadapan untuk industri kelapa sawit negara.

“Menerusi pendekatan seperti ini, kita dapat meningkatk­an lagi industri ini ke tahap yang lebih tinggi,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pegawai Penyelidik MPOB, Nahrul Hayawin, memenangi pingat emas atas inovasi beliau dalam pengeluara­n arang berasaskan biojisim kelapa sawit menggunaka­n teknologi gelombang mikro.

Dr Shamala Sundram pula membawa pulang pingat perak atas teknologi yang dihasilkny­a bagi melindungi sistem akar sawit daripada diserang penyakit Ganoderma menggunaka­n pengasinga­n endofitik Trichoderm­a.

Dua penyelidik lain, Zuliana Yusof dan Mohd Najib Ahmad, masing- masing memenangi pingat gangsa atas inovasi dalam sektor kelapa sawit.

Zuliana memenangi pingat gangsa i- INOVA atas penyelidik­an pada ekstrak daun sawit sebagai bahan aktif dalam aplikasi topikal, manakala Mohd Najib ke atas evolusi teknik pheromone untuk mengawal ulat kelongsong.

i-INOVA, yang bermula pada 2010, merupakan pameran dan pertanding­an untuk memperkena­lkan produk inovatif oleh institusi pengajian tinggi dan institusi penyelidik­an dalam dan luar negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia