Utusan Borneo (Sarawak)

Bank digesa guna strategi semuasalur­an untuk bersaing dengan syarikat fintech

-

KUALA LUMPUR: Bankbank Malaysia perlu mengguna pakai strategi semuasalur­an dan pendekatan terbaik untuk bersaing dengan syarikat permulaan teknologi kewangan (fintech), menurut syarikat teknologi, Avanade Malaysia.

Pengurus Besar Negara, Subra Suppiah berkata bank boleh mengoptimu­mkan hubungan mereka dengan pelanggan melalui manfaat analisis tingkah laku pengguna untuk mewujudkan strategi SEO (Search Engine Optimisati­on) yang menyediaka­n keuntungan lebih tinggi ke atas wang yang dilabur.

“Bank mempunyai kelebihan dari segi bahagian pasaran serta kepercayaa­n dan reputasi yang dibina sejak sekian lama namun tidak bagi fintech di seluruh dunia,” menurutnya dalam kenyataan kelmarin.

Suppiah berkata platform pengatur kandungan semakin pesat membangun, dipacu oleh analisis, adalah sangat automatik dari segi konfiguras­i dan kepintaran.

“Contohnya, penyelesai­an ACAI baru- baru ini yang diumumkan oleh Avanade dan Accenture menggunaka­n analisis ramalan untuk menyediaka­n langkah terbaik kepada bank, seperti menyaranka­n produk dan perkhidmat­an khusus kepada latar belakang individu dan keperluan setiap pelanggan,” katanya.

Lebih banyak pengewanga­n daripada pengguna di seluruh saluran mudah alih dan internet, beliau berkata, membawa kepada maklum balas pantas dan perolehan lebih tinggi pada dasar kos lebih rendah.

“Teknologi perbankan digital tersedia secara meluas boleh membantu memacu perubahan ini dan membolehka­n saluran hanyamaklu­mat menjadi alat penjanaan dan keuntungan aktif dan mudah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia