Utusan Borneo (Sarawak)

Turki tarik balik draf batal pensabitan rogol

Berikutan tekanan protes jalanan besar-besaran, kerajaan akur ia perlu dinilai semula

-

ANKARA: Perdana Menteri Turki Binali Yildirim berkata semalam bahawa kerajaan menarik balik draf undangunda­ng kontrovers­i yang membatalka­n pensabitan lelaki yang merogol kanakkanak, selepas kemarahan awam membuak-buak.

Pengkritik menyifatka­n draf tersebut yang membenarka­n pembebasan dari penjara mereka yang disabitkan merogol jika mengahwini mangsanya, akan menghalalk­an rogol, mendorong ribuan mengadakan protes jalanan sepanjang hujung minggu lalu.

“Kami membincang­kan semula draf ini di Parlimen bagi mencari persetujua­n meluas seperti mana yang dituntut presiden dan memberi masa kepada pihak berkenaan untuk membina kertas cadangan.

“Suruhanjay­a ini akan menilai dan mengambil kira pendapat semua pihak untuk menemui jalan penyelesai­an,” kata beliau pada sidang akhbar di Istanbul.

Dalam komen kelmarin, Presiden Recep Tayyip Erdogan telah menyeru kompromi ke atas draf tersebut.

Sekiranya draf tersebut diluluskan, lelaki yang didapati bersalah merogol golongan bawah umur akan dibebaskan dari penjara jika perbuatan itu dilakukan tanpa paksaan, ancaman atau sebarang sekatan ke atas keizinan dan sekiranya perogol mengahwini mangsanya.

Pihak pembangkan­g dari seluruh spektrum politik mengkritik hebat draf tersebut yang diluluskan pada bacaan awal Parlimen Khamis lalu.

Ia dijangka dibincangk­an lagi di Parlimen semalam tetapi sejak minggu selepas beribu-ribu orang menggesa kerajaan menarik balik draf tersebut.

Kerajaan menegaskan mereka cuba membantu keluarga di mana lelaki terlibat bukan perogol atau pemangsa seks, dan tidak menyedari undang-undang tersebut.

Usia sah untuk berkahwin di Turki adalah 18 tahun tetapi perkahwina­n kanakkanak berleluasa khususnya di wilayah tenggara.

Meskipun menyatakan draf itu akan ditarik balik, Yildirim menegaskan ia bertujuan memperbetu­l keadaan bagi 3,800 keluarga yang terpaksa membesar tanpa kasih bapa, yang kemungkina­n besar dipenjara, serta mendapat balasan atas kesilapan ibu bapa mereka.

Jurukempen telah lama menuduh kerajaan gagal bertindak secukupnya untuk membantera­s perkahwina­n kanak- kanak, malah lebih mengutamak­an peningkata­n kadar kelahiran.

Erdogan pada Jun lalu menggesa kaum wanita untuk melahirkan sekurang-kurangnya tiga anak dan pernah menggambar­kan langkah merancang keluarga adalah perbuatan khianat.

Kurang seminggu selepas Turki melantik seorang penasihat polisi asing utnuk perdana menteri sebagai duta ke Israel, Erdogan mencetuska­n ketegangan baharu apabila menyatakan ‘tidak wajar’ untuk bertanya pihak mana yang lebih kejam - rejim Israel atau Hitler.

“Saya tidak membenarka­n perbuatan Hitler, begitu juga tindak tanduk rejim Israel.

“Apabila mengambil kira mengenai ramai orang yang telah terkorban, tidak wajar untuk bertanya siapa yang lebih kejam,” kata Erdogan ketika ditemu bual televisyen Israel malam kelmarin. Hubungan di antara kedua-dua negara merudum selepas komando rejim menyerang kapal yang menghantar bantuan ke Semenanjun­g Gaza pada 2010, menyebabka­n 30 rakyat Turki terkorban, mendesak Ankara mengusir duta Israel dan membekukan semua hubungan pertahanan.

Namun kedua-dua pihak kini mengadakan rundingan mengenai projek saluran paip untuk mengepam minyak dari kawasan jajahan ke Turki dan Eropah.

Ini bukan kali pertama Erdogan merujuk kepada ketua Nazi itu ketika membincang­kan tentang israel.

Selepas serangan 2010, beliau menyatakan rejim ‘ terus menghidupk­an semangat Hitler’, manakala ketika Perang Gaza 2014 di mana 2,251 orang Palestin dibunuh, beliau mendakwa rejim melakukan genosid ke atas orang Palestin.

“Mereka tidak mempunyai belas kasihan, maruah ataupun kemuliaan.

“Mereka menyumpah seranah Hitler siang dan malam, namun mereka mengatasi kekejaman Hitler,” katanya lanjut.

Dalam komennya kelmarin kepada Channel 2, Erdogan mengakui amat menyedari sensitivit­i tentang Hitler yang dipersalah­kan atas kematian kira-kira enam juta orang Yahudi.

Namun beliau menegaskan sukar untuk melupakan ratusan ribu orang yang mati ketika rejim mengganyan­g Gaza.

 ?? — Gambar Reuters ?? LAWATAN: Erdogan bertemu Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenber­g di Istanbul, kelmarin.
— Gambar Reuters LAWATAN: Erdogan bertemu Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenber­g di Istanbul, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia