Utusan Borneo (Sarawak)

Enam kanak-kanak maut nahas bas sekolah di Tennessee

-

TENNESSEE: Sebuah bas yang membawa pulang pelajar sekolah asas dari sekolah di Chattanoog­a, Tennessee telah terlibat dalam kemalangan pada petang kelmarin, menyebabka­n enam kanakkanak maut dan 23 dikejarkan ke hospital akibat kecederaan, menurut pihak berkuasa.

Pemandu yang dikenal pasti sebagai Johnthony Walker, 24, ditahan reman dan berdepan lima dakwaan homisid kenderaan, kecuaian berbahaya dan pemanduan berbahaya, menurut laporan akhbar USA Today.

Polis Chattanoog­a dalam Twitter terdahulu menyatakan pemandu sedang disoal siasat dan memberi kerjasama dengan penyiasat.

Kelajuan dipercayai punca nahas tersebut yang berlaku sekitar jam 4 petang waktu tempatan, kata Ketua Polis Chattanoog­a Fred Fletcher.

Enam kanak-kanak ditemui mati di dalam bas berkenaan yang mempunyai kapasiti 35 penumpang, manakala seorang lagi pelajar mati sebaik tiba di hospital, kata Melydia Clewell, jurucakap pejabat Peguam Daerah Hamilton.

Setakat ini belum dapat dipastikan jumlah pelajar di dalam bas tersebut ketika kejadian.

Para pelajar dipercayai berusia antara lima hingga sepuluh tahun, kata Clewell sambil menambah, dua atau tiga mangsa kini dalam keadaan tenat.

Nahas menyebabka­n bas sekolah kuning terang itu remuk teruk setelah melanggar sebatang pokok dan hampir terbelah dua.

Pasukan penyelamat masih menggeleda­h bangkai bas yang terdampar di sebelah kanan, kira- kira dua jam selepas nahas.

Penyiasat pengangkut­an persekutua­n juga membuka siasatan dan telah menghantar satu pasukan ke Chattanoog­a semalam, menurut Lembaga Keselamata­n Pengangkut­an Negara (NTSB). Dua pelajar berlumuran darah terbaring di atas pengusung di laman depan menerima bantuan kecemasan daripada penyelamat pertama hampir sejam selepas nahas, manakala mangsa lain yang tidak dibawa ke hospital kelihatan terpinga- pinga dengan wajah calar balar dan lebam, menurut akhbar Chattanoog­a Times Free Press dalam laman sesawangny­a.

Gabenor Bill Haslam berkata, pihak negeri akan membantu. —

 ?? — Gambar Reuters ?? LAJU MEMBAWA PADAH: Pegawai penyelamat meninjau situasi di tempat kejadian nahas bas sekolah di Chattanoog­a, Tennessee kelmarin.
— Gambar Reuters LAJU MEMBAWA PADAH: Pegawai penyelamat meninjau situasi di tempat kejadian nahas bas sekolah di Chattanoog­a, Tennessee kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia