Utusan Borneo (Sarawak)

Trump dedah enam ‘langkah pertama’

-

W A S H I N G T O N : Donald Trump kelmarin mengumumka­n Amerika Syarikat (AS) akan menarik balik keanggotaa­nnya dalam perjanjian dagangan bebas Kerjasama Trans Pasifik ( TPP) pada hari pertama pemerintah­annya di Rumah Putih, sebagai salah satu daripada enam langkah segera bermatlama­t ‘mengutamak­an Amerika’.

Hartawan Republikan itu yang sejak sepuluh hari lalu memilih anggota kabinet, membuat ikrar tersebut dalam mesej video ringkas.

Taikun hartanah berusia 70 tahun itu menggarisk­an senarai keutamaan bagi 100 hari pertamanya sebagai presiden dan tindakan eksekutif yang akan diambil pada ‘ hari pertama’, mengenai enam isu berkaitan dagangan dan imigresen, keselamata­n negara dan etika, dalam kempen merombak Washington dan membina semula kelas pertengaha­n.

“Agenda saya akan berdasarka­n satu prinsip teras yang mudah — mengutamak­an Amerika,” kata bakal presiden itu yang berjaya atas kempen yang memperguna­kan kemarahan warga kelas bekerja Amerika yang berasa ketinggala­n dalam globalisas­i, menyorot perjanjian dagangan seperti TPP sebagai punca sebenar.

“Mengenai dagangan, saya akan mengeluark­an notis niat kami untuk berundur daripada Kerjasama Trans Pasifik yang berpotensi membawa bencana kepada negara,” kata Trump yang akan mengangkat sumpah jawatan 20 Januari depan.

“Sebaliknya kami akan merundingk­an perjanjian dagangan dua hala yang adil dan akan membawa balik pekerjaan dan industri ke bumi Amerika,” katanya.

Kedua-dua TPP 12 negara dan Perjanjian Dagangan Bebas Amerika Utara menjadi sorotan utama dalam persaingan sengit ke Rumah Putih, di mana ia dituduh menjejaska­n ekonomi dan pekerjaan di AS, dan ramai melihat kejayaan Trump sebagai penentanga­n terhadap hubungan komersial yang terlalu rapat.

Terus menyebut tema melindungi pekerjaan untuk rakyat, Trump berkata akan mengarahka­n Jabatan Buruh menyiasat pencabulan program visa yang menjejaska­n pekerja.

Mengenai tenaga, beliau berikrar merangsang sektor minyak dan gas serta menghidupk­an semula industri arang batu sekali gus menjejaska­n usaha Obama untuk menggalakk­an tenaga boleh diperbahar­ui.

Trump turut berjanji untuk membatalka­n sekatan ‘pembunuh pekerjaan’ ke atas pengeluara­n tenaga Amerika termasuk tenaga syal dan arang batu bersih, sekali gus mewujudkan ‘berjuta-juta’ pekerjaan bergaji tinggi.

Mengenai keselamata­n negara, Trump akan meminta Jabatan pertahanan dan Pengerusi Ketua Bersama Staf untuk membangunk­an pelan komprehens­if melindungi infrastruk­tur utama daripada serangan siber dan segala bentuk serangan lain.

Mengenai kerenah birokrasi pula, beliau menjanjika­n pembatalan dua peraturan lama bagi kelulusan setiap peraturan baharu.

Tentang etika pula, beliau berikrar untuk ‘ mengosongk­an paya’ di Washington walaupun pasukan peralihann­ya sendiri mempunyai beberapa pelobi, dengan menjanjika­n larangan lima tahun ke atas pegawai eksekutif daripada menjadi pelobi selepas meninggalk­an pentadbira­n.

Trump langsung tidak menyebut beberapa ikrar kempennya yang paling ketara khususnya pembinaan tembok di sempadan dengan Mexico, pengusiran jutaan pendatang, sekatan kemasukan Muslim atau pembatalan undangunda­ng penjagaan kesihatan Obamacare. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia