Utusan Borneo (Sarawak)

Bangladesh enggan terima Rohingya

-

DHAKA: Ratusan etnik Rohingya telah tiba di Bangladesh selepas melarikan diri daripada keganasan di Myanmar, menurut para pemimpin masyarakat semalam, tetapi pengawal sempadan menghalang kemasukan ratusan lagi di sebalik rayuan PBB agar membenarka­n kemasukan mereka.

PBB berkata, hingga 30,000 orang Rohingya telah kehilangan tempat tinggal akibat keganasan di negeri Rakhine di mana puluhan telah dibunuh dalam pertempura­n dengan tentera, lantas menggesa Dhaka membuka sempadanny­a kepada mereka.

Sebaliknya kerajaan Bangladesh, berdepan tekanan komuniti tempatan agar mengehadka­n jumlah pelarian, meningkatk­an rondaan di sempadan sepanjang 237 kilometer itu bagi mencegah kemasukan berskala besar.

Namun pemimpin Rohingya mengakui anggaran 1,000 orang telah berjaya masuk ke Bangladesh sejak minggu lalu.

Kebanyakan­nya bersembuny­i di kem untuk 32,000 pelarian sah yang sudahpun menghuni wilayah tenggara Bangladesh, dengan kebimbanga­n akan dihantar pulang jika ditemui pihak berkuasa.

Salah seorangnya ialah Mohammad Amin, 17, yang menyatakan beliau dan 15 yang lain melarikan diri dari rumah mereka di Rakhine lima hari lalu dan tiba di Bangladesh dengan berenang merentasi Sungai Naf yang memisahkan kedua- dua negara.

“Tentera (Myanmar) membunuh bapa dan abang saya.

“Saya bersembuny­i di atas bukit kemudian berjalan dan berenang merentasi sungai sebelum berlindung di dalam masjid ( di Bangladesh),” katanya dalam panggilan telefon dari Bazar Cox’s dekat sempadan.

“Saya tidak tahu apakah nasib ibu dan adik perempuan saya.”

Laporan media rasmi di Myanmar menyatakan pasukan keselamata­n telah membunuh hampir 70 orang dan menahan kira-kira 400 lagi sejak perintah berkurung dikuatkuas­akan enam minggu lalu, tetapi aktivis percaya jumlahnya jauh lebih tinggi.

Tentera Myanmar membanjiri kawasan tanah kecil yang dihuni etnik minoriti tanpa negara Rohingya Muslim sejak siri serangan ke atas pos kawalan polis sempadan bulan lepas.

Saksi dan aktivis telah melaporkan anggota tentera membunuh orang Rohingya, merogol kaum wanita serta menjarah dan membakar rumah mereka.

Komander Pengawal Sempadan Bangladesh berkata, anggota mereka telah menyekat hampir 300 orang Rohingya daripada melepasi sempadan kelmarin.

“Kami mencegah mereka di garisan sifar khususnya mereka yang cuba menembusi pagar kawat berduri yang dipasang Myanmar,” kata Imran Ullah Sarker.

Beliau berkata, ramai dihantar pulang selepas berjaya menyelinap sempadan di bahagian yang tidak dikawal.

Rondaan turut diadakan di Sungai Naf, kata komander terbabit.

“Mereka memberitah­u kami bahawa rumah mereka telah dibakar dan mereka datang ke sini untuk mendapatka­n perlindung­an yang selamat,” menurut seorang pegawai pengawal sempadan.

 ?? — Gambar AFP ?? MOHON DIKASIHANI: Seorang lelaki Rohingya dan anak lelakinya menangis setelah ditangkap Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) kerana memasuki secara haram di pos pemeriksaa­n sempadan di Bazar Cox’s, kelmarin.
— Gambar AFP MOHON DIKASIHANI: Seorang lelaki Rohingya dan anak lelakinya menangis setelah ditangkap Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) kerana memasuki secara haram di pos pemeriksaa­n sempadan di Bazar Cox’s, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia