Utusan Borneo (Sarawak)

Kad Pokemon laku AS$54,970

-

LOS ANGELES: Sekeping ‘trading card’ Pokemon yang amat jarang ditemui, Pikachu Illustrato­r, telah dibeli dengan nilai rekod AS$54,970 ketika lelongan, menurut penganjur jualan kelmarin.

Heritage Auctions yang berpusat di Dallas menyatakan kad tersebut yang dihasilkan cuma 39 keping, dijual kepada seorang pengumpul tidak dikenali dari Hong Kong semasa lelongan Sabtu lepas di Beverly Hills.

“Kad Pikachu Illustrato­r telah diserahkan pada Januari 1998 kepada para pemenang Pertanding­an Ilustrasi Komik CoroCoro,” menurut Michael Halperin, jurucakap bagi Heritage Auctions.

Beliau menyatakan hanya 10 keping kad tersebut diketahui dalam keadaan yang amat baik.

Pikachu Illustrato­r mulanya dijual pada awal tahun 2000 dengan harga kirakira AS$ 23,000, menurut Halperin.

Kad tersebut, dianggap paling bernilai dan kad ikonik Pokemon kalangan pengumpuln­ya, telah direka Atsuko Nishida, salah seorang ketua pereka grafik Pokemon.

Kad tersebut menunjukka­n tikus kuning kegemaran peminat Pikachu, memegang peralatan melukis.

Ia diletakkan untuk lelongan oleh seorang pengumpul peribadi di Amerika Syarikat ketika kemunculan populariti melibatkan aplikasi Pokemon Go, yang mempunyai lebih 20 juta pengguna aktif.

Halperin menyatakan penjualnya, berusia pertengaha­n 20- andan enggan dikenali, mula mengumpul kad Pokemon ketika remaja.

Fenomena Pokemon mula popular di Jepun pada 1996 sebelum menjadi sensasi global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia