Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa palsu dipenjarak­an

-

VERSAILLES: Mahkamah di Perancis kelmarin memenjarak­an seorang wanita yang mengakui secara palsu telah tercedera dalam serangan teroris di Paris tahun lepas untuk mendapatka­n pampasan.

Mahkamah jenayah di Versailles, barat daya Paris, mendapati penganggur Laura Ouandjli, 24, bersalah kerana menipu dengan mendakwa cedera ketika teroris menyerang bar Carillon di ibu negara Perancis.

Penyerang Islamic State (IS) membunuh 130 orang di beberapa lokasi di sekitar Paris pada malam 13 November tahun lepas, kebanyakan­nya di dewan konsert Bataclan.

Ouandjli pergi ke balai polis lebih sebulan selepas serangan dengan tangannya disokong anduh mendakwa telah mengalami kecederaan serius dan mengemukak­an dokumen perubatan menyatakan dia memerlukan rawatan pemulihan kulit, selain mendakwa kehilangan telefon dan kad banknya.

Pihak polis curiga apabila dia menyatakan dia telah tercedera dalam satu letupan, kerana Carillon hanya diserang dengan raifal automatik, selain beberapa kecelaruan aneh dalam keterangan­nya.

Doktor yang kononnya telah menandatan­gani sijil perubatann­ya mengakui tidak pernah melihatnya, sementara sekeping gambar yang ditunjukka­nnya mengenai lengannya yang tercedera didapati telah diambil dari Internet.

Selain daripada hukuman penjara setahun, mahkamah turut mengarahka­n Ouandjli untuk membayar denda simbolik satu euro kepada tabung untuk mangsa keganasan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia