Utusan Borneo (Sarawak)

Mingan Adam mahu lahirkan lebih banyak album

- Oleh Watt Zacchaeus

MINGAN Adam bertekad untuk terus melahirkan seberapa banyak album akan datang dalam merancakka­n lagi persaingan industri muzik Dayak di negeri ini.

Penyanyi kelahiran Julau ini yang merupakan seorang kakitangan awam di Sibu begitu komited dalam karier muziknya sehingga berjaya melahirkan album keduanya setakat ini.

“Album pertama saya diterbitka­n pada tahun 2014 berjudul ‘Terima Kasih Sulu’ dan tahun ini saya berjaya mengeluark­an album kedua berjudul ‘Di Antara Titi Rawan’ pada penghujung Jun lepas.

“Dalam tempoh dua tahun iaitu satu masa yang singkat saya mampu mengeluark­an album kedua. Saya amat berpuas ati dengan pencapaian saya setakat ini walaupun masih baharu dalam bidang seni suara ini,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di Sibu, baru-baru ini.

Mingan memberitah­u, dia akan terus berkarya dan menyanyi selagi mampu untuk menyumbang ke industri tersebut.

Katanya, dia kini sedang dalam proses mencari idea untuk album ketiganya akan datang.

“Pada album pertama dulu sambutanny­a amat menggalakk­an di mana ia terus memberi semangat baharu kepada saya untuk terus maju ke depan.

“Saya berharap album kedua ini akan terus memberi suntikan kepada saya untuk terus gandakan usaha untuk album ketiga akan datang,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bercakap mengenai album baharunya ini, Mingan berkata, ia adalah sebuah album yang berentak lebih moden berbanding yang pertama dahulu.

Menurutnya, konsep album tersebut adalah balada dan pop serta sesuai didengar oleh semua lapisan umur sejajar dengan revolusi dalam muzik Dayak.

“Album ini berbeza berbanding album pertama saya dahulu. Ia lebih moden dengan susunan muzik yang lebih kemas dan berkualiti,” jelasnya sambil memberitah­u bahawa dia turut berduet dengan Ita Medin menerusi dua buah lagu dalam album ini.

Dia memberitah­u pembikinan album ini memakan masa selama dua tahun dan semua penggambar­an klip videonya dijalankan di sekitar bandar Sibu. Album ini memuatkan 10 buah lagu yang terdiri daripada ‘Di Antara Titi Rawan’, ‘Asa Enda Ngempu’, ‘Nuan Tetap Nerima Aku’, ‘Anang Nguji Atiku’, ‘Penyakit Rindu’, ‘Nadai Guna Dikenang’, ‘Dara Amu Mata’ dan ‘Sama Beperindan­g’. Manakala lagu ‘Nuan Ke Pesaka Atiku’ dan ‘Sebana Pengerindu Tua’ adalah duetnya dengan Ita Medin.

Komposer-komposer yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Charl May, Ita Medin, Cami Tan dan Mingan sendiri.

“Saya berharap semua peminat dapat membeli yang ori serta tidak menyokong gejala cetak rompak yang boleh merugikan industri muzik Dayak.

“Album ini sudah pun berada di pasaran dan setakat ini sambutanny­a amat menggalakk­an. Antara lagu hits yang sering berkumanda­ng di stesen-stesen radio tempatan ialah ‘Di Antara Titi Rawan’, ‘Asa Enda Ngempu’, ‘Anang Nguji Atiku’ dan ‘Sebana Pengerindu Tua’,” tambahnya lagi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TERBAHARU: Mingan menunjukka­n album baharunya, ‘Di Antara Titi Rawan’ yang kini berada di pasaran.
TERBAHARU: Mingan menunjukka­n album baharunya, ‘Di Antara Titi Rawan’ yang kini berada di pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia