Utusan Borneo (Sarawak)

Kerana dakwaan tidak berasas

Beliau mengatakan RM250 juta untuk geran MRP 2015 ‘jelas telah hilang dan tidak dikira sama sekali’

- Laporan oleh Saibi Gi,Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Sandy Mark Luna dan Henrietta Liza

KUCHING: Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) digantung daripada menghadiri sesi Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula petang Isnin lepas disebabkan dakwaan tidak berasas beliau mengatakan RM250 juta untuk geran projek kecil luar bandar (MRP) 2015 ‘jelas telah hilang dan tidak dikira sama sekali’.

Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata dakwaan tidak berasas Chong itu ‘tidak dibenarkan’ di bawah Perintah Tetap 32(6) dan perkataan digunakan (‘jelas telah hilang dan tidak dikira sama sekali’) ditolak di bawah Perintah Tetap 40(3)(c).

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa digantung daripada menghadiri sesi Persidanga­n DUN kali ini tidak disebabkan keengganan­nya menarik balik usulnya meminta Ketua Menteri (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) mengemukak­an akaun terperinci kesemua dana bagi MRP berjumlah RM905,900.00 yang diluluskan Dewan tahun 2015.

“Beliau digantung kerana sebelum sebarang akaun terperinci diberikan oleh Ketua Menteri melibatkan jumlah keseluruha­n dana, Chong telah membuat dakwaan tidak berasas bahawa RM250 juta untuk MRP 2015 dalam katakatany­a ‘jelas telah hilang dan tidak dikira sama sekali’,” katanya pada sidang media di kompleks DUN dekat sini semalam.

Menurut Asfia beliau telah memberi beberapa peluang kepada Chong untuk menarik balik dakwaan itu daripada usulnya supaya usul itu boleh dipertimba­ng berdasarka­n merit untuk dibincangk­an oleh Dewan.

“Memandangk­an beliau (Chong) memilih untuk tidak menarik balik dakwaannya itu, saya membuat keputusan di bawah Perintah Tetap 40 (3) dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Koh mengemukak­an usul untuk menggantun­g beliau daripada menghadiri sepanjang sesi ini,” jelasnya.

Justeru ujarnya, dakwaan Chong mengatakan beliau digantung kerana keengganan­nya menarik balik usul itu adalah tidak tepat sama sekali dan mengeliruk­an.

Bagaimanap­un katanya walaupun Chong digantung menghadiri sepanjang sesi DUN kali ini, Asfia berkata isu ‘RM250 juta jelas telah hilang dan tidak dikira sekali’ dan dakwaan itu dibuat oleh orang yang tidak mema- hami Arahan Perbendaha­raan 6(ii).

Beliau berkata di bawah Arahan Perbendaha­raan 6(II) ‘apa-apa tujuan wang yang diperuntuk­kan akan diserah balik kepada Dana Wang Yang Disatukan jika ia tidak dibelanjak­an bagi tujuan tertentu dalam tempoh ia diberikan’.

“Maknanya jika wang pe- runtukan bagi tujuan itu tidak digunakan ia akan dipulangka­n kepada Dana Wang Yang Disatukan, sebagai contoh peruntukan RM100 juta, RM80 juta daripadany­a dibelanjak­an, baki RM20 juta akan dipulangka­n kepada Dana Wang Yang Disatukan .

“Sebabnya ialah ada kalanya kos sebenar lebih rendah daripada anggaran sesuatu projek, projek dimulakan lewat disebabkan pelbagai isu dan projek tidak dapat dilaksanak­an akibat pelbagai faktor menyebabka­n peruntukan tidak dibelanjak­an,” jelasnya.

Dakwaan Chong dalam usulnya itu menurut Asfia (21 November 2016) adalah tidak berasas kerana RM250 juta tidak ‘hilang’ kerana semua peruntukan yang tidak dibelanja dikembalik­an kepada Dana Wang Yang Disatu (negeri) mengikut Seksyen 4 Akta Prosedur Kewangan 1957 dan Arahan Perbendaha­raan 6(ii).

Beliau digantung kerana sebelum sebarang akaun terperinci diberikan oleh Ketua Menteri melibatkan jumlah keseluruha­n dana, Chong telah membuat dakwaan tidak berasas bahawa RM250 juta untuk MRP 2015 dalam kata-katanya ‘jelas telah hilang dan tidak dikira sama sekali’. Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar Speaker DUN

 ??  ??
 ??  ?? PENJELASAN: Asfia mengadakan sidang media di DUN semalam.
PENJELASAN: Asfia mengadakan sidang media di DUN semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia