Utusan Borneo (Sarawak)

SASAR KURANG MISKIN TEGAR

Pelbagai inisiatif dilaksana bangun luar bandar menerusi pemerkasaa­n sektor pertanian: Uggah

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Kerajaan menyasarka­n penguranga­n bilangan kumpulan miskin tegar di negeri ini kepada tahap minimum menjelang tahun 2018.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pelbagai inisiatif dilaksanak­an kerajaan menerusi program transforma­si negeri membabitka­n pembanguna­n luar bandar menerusi pemerkasaa­n sektor pertanian.

Mengulas lanjut, katanya, pembentang­an bajet oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini menyatakan peningkata­n populasi miskin tegar di Sarawak terutama di kawasan luar bandar.

“Oleh itu kerajaan menyalurka­n peruntukan di bawah program transforma­si luar bandar yang menekankan pembanguna­n di kawasan itu.

“Ia sekali gus menyasarka­n penguranga­n bilangan miskin tegar kepada tahap minimum menjelang 2018 nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Hasil Pertanian Di Bawah Program Penyelidik­an Stesen Pertanian Bersepadu Tanah Tinggi, Ulu Baram Miri, di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

Mengulas mengenai majlis itu, Uggah berkata ia merupakan salah satu hasil daripada program di bawah penyelidik­an pertanian untuk membangunk­an stesen penyelidik­an bersepadu di tanah tinggi Baram yang berkeluasa­n 614 hektar.

“Penyerahan produk pertanian ini merupakan daripada kumpulan minoriti termasuk komuniti Penan di Long Beruang, sebahagian daripada projek stesen penyelidik­an.

“Mereka mempunyai rancangan untuk memiliki kompleks, dan sekarang mereka telah mengosongk­an kawasan seluas 10 hektar untuk tujuan eksperimen,” jelasnya.

Uggah berkata, pembabitan komuniti Penan dalam program pertanian merupakan langkah positif yang kini mampu meningkatk­an sumber pendapatan keluarga yang rata-ratanya datang dari kelompok miskin tegar.

“Mereka diperkenal­kan dengan pertanian, aktiviti penanaman hasil bumi supaya mereka boleh memasarkan produk itu sekali gus menyumbang kepada peningkata­n pendapatan.

“Dan, ia juga dapat mengeluark­an mereka dari kelompok kemiskinan,” ujar Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar.

Turut hadir, Penasihat Saintifik Kerajaan Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan Pesisir dan Perikanan) Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan Pedalaman dan Perladanga­n) Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Muda Pertanian Malcolm Mussen Lamoh.

 ??  ?? HASIL BUMI: Uggah menerima penyerahan produk pertanian daripada Jabu semasa Majlis Penyerahan Hasil Pertanian Di Bawah Program Penyelidik­an Stesen Pertanian Bersepadu Tanah Tinggi, Ulu Baram Miri, di pejabatnya di DUN, semalam. Turut kelihatan (dari...
HASIL BUMI: Uggah menerima penyerahan produk pertanian daripada Jabu semasa Majlis Penyerahan Hasil Pertanian Di Bawah Program Penyelidik­an Stesen Pertanian Bersepadu Tanah Tinggi, Ulu Baram Miri, di pejabatnya di DUN, semalam. Turut kelihatan (dari...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia