Utusan Borneo (Sarawak)

Saluran khas ‘Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan’ di Astro First

-

PADA Selasa lepas, Astro telah mengumumka­n kolaborasi bersama syarikat animasi terhebat di Malaysia, Les’ Copaque Production dengan memperkena­lkan sebuah saluran inovatif baru, ‘Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan’ yang akan menemui penonton menerusi platform Astro First, saluran 480 mulai 1 Disember ini.

Ini merupakan jalinan kerjasama yang buat julung kalinya di antara Astro dan Les’ Copaque bagi melancarka­n saluran animasi tempatan pertama yang bakal bersiaran khas untuk musim cuti sekolah yang akan datang.

Saluran ini akan bersiaran selama 24 jam sehari untuk satu tempoh yang ditetapkan.

‘Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan’ akan menampilka­n beberapa kategori animasi menarik, didahului oleh siri popular ‘Upin & Ipin’ sebagai kandungan utama.

Siri Upin & Ipin ini akan dibahagika­n kepada tiga segmen iaitu ‘Jejak Upin & Ipin’, ‘Upin & Ipin Sahabat Selamanya’ dan ‘Upin & Ipin Pejuang Hebat’ yang memuatkan koleksi episod kegemaran ramai.

Pada masa yang sama, siri animasi ‘Pada Zaman Dahulu’ akan turut diperkenal­kan yang mana ia menampilka­n kisah-kisah tauladan ‘Sang Kancil Yang Bijak’ yang sarat dengan mesej-mesej positif agar ia boleh dijadikan iktibar kepada adik-adik yang menontonny­a.

Di samping itu, ‘DaDuDiDo’; sebuah siri animasi tanpa dialog berdurasi pendek akan turut diperkenal­kan sebagai salah satu pilihan di saluran ini.

Siri ‘DaDuDiDo’ sebelum ini boleh dinikmati di platform Youtube Les’ Copaque Production, namun begitu ini merupakan kali pertama ianya diangkat ke kaca televisyen.

Selain dari itu, ‘Kembara Warisan Detektif Upin & Ipin’, sebuah siri berbentuk ‘game show’ yang belum pernah disiarkan di disiarkan di mana-mana stesen TV tempatan, kini boleh ditonton secara eksklusif di saluran ini.

Siri ini dihasilkan dengan kerjasama dari Jabatan Warisan Negara dan pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertujuan untuk memperkena­lkan lokasi, permainan-permainan tradisiona­l, variasi makanan dan pelbagai barangan warisan negara yang wajar dikongsi bersama.

Menarik lagi, konsep siri ini menggabung­kan tiga aspek teknikal yang berbeza; animasi-3D, ‘live-action’ dan ‘motion graphic’.

Les’ Copaque Production yang merupakan sebuah syarikat animasi Malaysia terunggul di rantau ini, sememangny­a terkenal dengan keupayaan menghasilk­an Harta intelek (IP) yang berkualiti tinggi. Kandungan ceritanya penuh dengan nilai-nilai murni, beridentit­i Asia dan juga mempunyai daya tarikan global yang mampu bersaing di pasaran antarabang­sa.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Haji Burhanuddi­n Md. Radzi berkata, “Kerjasama ini dilihat sebagai satu langkah berani bagi Les’ Copaque Production untuk mempunyai saluran TV sendiri.

“Ini kerana di Malaysia, belum ada lagi syarikat animasi lain yang mampu menghasilk­an pelbagai IP dengan genre-genre yang berlainan, namun begitu pada masa yang sama masih dapat memastikan setiap rangkaian penerbitan­nya mendapat sambutan yang luar biasa”.

Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak, Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, “Kami sangat berbangga dapat bekerjasam­a dengan Les’ Copaque Production yang dianggap antara perintis filem animasi tersohor di Malaysia. Semoga semangat kerjasama ini berkekalan dan berupaya menanamkan nilai-nilai kekeluarga­an dalam masyarakat kita.”

Dalam pada itu, sepanjang penyiaran Upin & Ipin di saluran Astro First untuk tempoh terhad ini, Astro turut menyediaka­n pelbagai barangan Upin & Ipin edisi terhad yang boleh didapati menerusi platform iSooka Malaysia di www.isooka.com.

Saluran ‘Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan’ akan mula bersiaran secara eksklusif di Astro First (saluran 480) mulai 1 Disember 2016.

Dengan hanya RM15.90 (termasuk GST), pelanggan boleh mendapatka­n akses untuk menonton saluran istimewa ini secara berterusan selama tiga hari atau 72 jam dari waktu pembelian.

 ??  ??
 ??  ?? LANCAR: Putri Yasmin (empat kiri) dan Burhanuddi­n (lima kiri) melancarka­n saluran inovatif baharu ‘Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan’ dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur kelmarin kelmarin.
LANCAR: Putri Yasmin (empat kiri) dan Burhanuddi­n (lima kiri) melancarka­n saluran inovatif baharu ‘Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan’ dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur kelmarin kelmarin.
 ??  ?? SIDANG MEDIA: (Dari kiri) Putri Yasmin, Asyiela Putri dan Burhanuddi­n semasa sidang media bagi memperkena­lkan saluran ‘Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan’ kelmarin.
SIDANG MEDIA: (Dari kiri) Putri Yasmin, Asyiela Putri dan Burhanuddi­n semasa sidang media bagi memperkena­lkan saluran ‘Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan’ kelmarin.
 ??  ?? PELAKON: Asyiela Putri bersama Hajah Ainun (belakang) yang berlakon sebagai Opah dalam ‘Upin & Ipin’.
PELAKON: Asyiela Putri bersama Hajah Ainun (belakang) yang berlakon sebagai Opah dalam ‘Upin & Ipin’.
 ??  ?? PELAKON SUARA: Asyiela Putri sebagai Upin Ipin.
PELAKON SUARA: Asyiela Putri sebagai Upin Ipin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia