Utusan Borneo (Sarawak)

China terima pelarian Myanmar

Lebih 3,000 mangsa pergolakan di sempadan dibenarkan masuk

-

BEIJING: China memberi perlindung­an kepada lebih 3,000 orang yang l ari dari Myanmar selepas peperangan di antara kerajaan dengan pemberonta­k, dan bom sesat telah jatuh dalam negara China yang menyebabka­n kerosakan tetapi tiada kematian, kata kerajaan dan media kerajaan kelmarin.

Empat kumpulan etnik bersenjata menyerang pasukan keselamata­n di utara Myanmar, sekali gus memberi tamparan yang hebat kepada matlamat utama pemimpin Aung San Suu Kyi untuk mencapai perdamaian dengan masyarakat etnik minoriti.

Sepuluh orang, termasuk anggota polis, pejuang militia yang disokong kerajaan serta orang awam, terkorban manakala 33 lagi cedera dalam pertelingk­ahan sejak 20 Oktober lalu, menurut Jawatankua­sa Maklumat Myanmar di bawah Pejabat Penasihat Kerajaan.

Jumlah orang yang mencari perlindung­an di kem pelarian sementara di bandar Muse, Myanmar, sudah melebihi 3,300 orang, katanya.

China, yang cemas dengan peperangan pada masa lalu di sepanjang sempadan yang rapuh, sudah meletakkan angkatan tenteranya dalam keadaan berjaga- jaga dan menyeru kepada semua pihak untuk bersabar.

Jurucakap Kementeria­n Luar China, Geng Shuang berkata orang yang cedera di kalangan 3,000 warga Myanmar terbabit sudah dibawa ke hospital.

Pelarian tersebut berada di wilayah barat daya Yunnan, yang berkongsi sempadan yang panjang dengan Myanmar.

“Kami amat berharap kedua-dua pihak yang terbabit dalam pertelingk­ahan itu menunjukka­n kesabaran,” kata Geng dalam satu taklimat harian.

Dia menggesa keduadua pihak menghentik­an tindakan ketenteraa­n sertamerta, mengelak daripada memburukka­n keadaan, dan mengambil langkah berkesan supaya wilayah sempadan kembali aman secepat mungkin.

“China bersedia untuk terus memainkan peranan membina dalam proses damai dalaman Myanmar, selari dengan kehendak Myanmar,” tambahnya.

China berharap mereka yang sudah lari dapat kembali ke Myanmar sejurus selepas peperangan berakhir, kata Geng.

Bom sesat telah jatuh di Wanding, sebuah pintu sempadan penting, yang menyebabka­n beberapa kerosakan kecil, kata televisyen kerajaan.

Akhbar The Global Times turut menyatakan sebuah bangunan kerajaan China di Wanding mengalami kerosakan ringan.

Hanya seorang penduduk China cedera, dan peperangan di sebelah Myanmar sudah berkuranga­n, kata Geng.

Peperangan yang bertambah buruk dengan mendadak berlaku ketika kerajaan Myanmar bergelut dengan konflik di barat laut Rakhine yang sudah menyaksika­n ratusan orang Rohingya Islam lari ke Bangladesh, sekali gus menimbulka­n cabaran baharu kepada Suu Kyi, penerima Hadiah Keamanan Nobel yang memegang kuasa pada tahun lepas dengan janji untuk mencapai perdamaian kebangsaan.

China berang apabila lima rakyatnya terbunuh pada tahun lepas selepas peperangan merebak ke dalam kawasannya. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TIDAK BERSALAH: Seorang kanak-kanak Rohingya memandang ke arah kamera ketika ibunya memberi air kepadanya di kem pelarian Rohingya tidak berdaftar Leda di Bazar Cox’s, Bangladesh kelmarin.
— Gambar Reuters TIDAK BERSALAH: Seorang kanak-kanak Rohingya memandang ke arah kamera ketika ibunya memberi air kepadanya di kem pelarian Rohingya tidak berdaftar Leda di Bazar Cox’s, Bangladesh kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia