Utusan Borneo (Sarawak)

UPP akan beri khidmat terbaik

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) akan menubuhkan Lembaga Perkhidmat­an Komuniti (LPK) di Sarawak dan sebagai permulaan 40 unit akan ditubuhkan bagi zon selatan (Kuching).

Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh berkata penubuhan LPK merupakan landasan untuk UPP menggunaka­n sepenuhnya sumber daripada semua cawangan menubuhkan satu pasukan terbaik bagi menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an kepada masyarakat.

Beliau memberitah­u, LPK akan dibahagika­n kepada beberapa jawatankua­sa tetap antaranya Jawatankua­sa Tetap Bumiputera dan Jawatankua­sa Tetap Belia yang akan memfokus kepada keperluan dan masalah belia serta Bumiputera di negeri ini.

Katanya penubuhan LPK merupakan maklum balas kepada permintaan penyokong akar umbi untuk terus berkhidmat kepada komuniti secara keseluruha­nnya.

Setiap konstituen­si jelasnya akan memilih empat atau lima wakil dalam pelbagai penglibata­n seperti perkhidmat­an kebajikan, pembanguna­n infrastruk­tur dan keperluan lain diperlukan di setiap konstituen­si.

“Pada 27 November 2016 dalam majlis pelantikan ahli lembaga ini di KTS Garden, perincian mengenai penubuhan biro ini akan dimaklumka­n.

“Walaupun begitu Lembaga Perkhidmat­an Komuniti ini sudah pun mula bergerak dan yang terbaharu memberi sumbangan 10 set komputer kepada SMK St Teresa dan perkhidmat­an komuniti ini akan diteruskan,” kata pada sidang media di Dewan Undangan Negeri semalam.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata UPP mahu berkhidmat setiap kali permintaan komuniti dalam usaha bantu kerajaan negeri menerusi pelbagai saluran.

“Kita berharap nanti akan dapat dihubungi dan sentiasa ada apabila diperlukan oleh rakyat,” katanya.

Mengenai Jawatankua­sa Tetap Bumiputera beliau berkata ia sudah ditubuhkan di tiga konstituen­si iaitu Mambong, Opar dan Engkilili, akan berfungsi sepenuhnya.

“Kita merancang menubuhkan Lembaga Perkhidmat­an Komuniti ini di wilayah tengah iaitu Sibu dan wilayah utara (Miri) pada masa terdekat,” tambahnya.

Hadir sama Timbalan Presiden UPP Datuk Dr Jerip Susil, kedua-dua Naib Presiden Kanan UPP Datuk Tiong Thai King dan Datuk Ranum Mina serta Ketua Pemuda UPP Dr Johnichal Rayong Nyipa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia