Utusan Borneo (Sarawak)

Mohon bantuan ringankan beban hidup

Ibu pesakit obes diiringi Kapitan Connie Loh tampil mohon bantuan daripada JKM

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Bebanan serta tanggungan ibu Chia Chi Herng yang merupakan pesakit obes seberat 250 kg diharap dapat diringanka­n apabila permohonan bantuan kebajikan bulanan dikemukaka­n kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini semalam.

Kho Kee Sieng, 63, yang merupakan ibu tunggal diiringi oleh Ketua Unit Wanita Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dudong Kapitan Connie Loh untuk membantu menguruska­n permohonan tersebut.

Permohonan diterima oleh Soon Kong Tiong yang merupakan seorang pegawai di jabatan berkenaan semalam diharap dapat pertimbang­an sewajarnya.

Kapitan Loh turut menyumbang­kan bantuan wang tunai sebanyak RM500 kepada Chi Herng dua minggu lepas untuk menampung sebahagian daripada bayaran kos sepanjang menerima rawatan di Hospital Sibu.

Pada 21 September lalu, Chi Herng telah digegaskan ke Hospital Sibu selepas mengalami masalah sesak nafas dan sakit dada selain masalah saiz dan berat badan luar biasa menjadikan­nya tumpuan media.

Menurut Kho, dia menjadi balu sejak mendiang suaminya meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan ketika menjalanka­n tugas sebagai seorang penyelengg­ara lif di sebuah hotel di sini lebih 30 tahun lalu.

Katanya, suaminya meninggal dunia selepas di- hempap lif ketika sedang menjalanka­n pemeriksaa­n di tempat kejadian.

“Sejak menjadi balu, saya terpaksa mencari nafkah keluarga dengan membuka sebuah gerai menjual telur masin, namun perniagaan terpaksa dihentikan kerana terpaksa menjaga Chi Herng yang turut ditimpa musibah ketika bekerja di sebuah kem pembalakan di Kapit,” ka- tanya mengenangk­an penderitaa­n hidup kepada pegawai kebajikan.

Disebabkan kesempitan hidup, abang sulung Chi Herng yang bekerja sebagai juruletrik terpaksa tampil membantu ibunya sebanyak RM300 sebulan walaupun hanya berpendapa­tan RM1,000 sebulan untuk menampung keperluan rumah selepas Chi Herng tidak mampu bekerja lagi disebabkan masalah kesihatann­ya.

“Mujur abangnya sanggup membantu kami membayar bayaran pinjaman rumah sebanyak RM600 sebulan sejak Chi Herng tidak mampu bekerja lagi,” ujar Kho.

Mengenai Chi Herng, ibunya memberitah­u dia semakin beransur pulih dan mampu mengurangk­an berat badan meskipun tidak mengetahui berat berat badannya ketika ini.

“Dietnya (Chi Herng) kini dijaga rapi dengan makan nasi, sayur dan sedikit daging tiga kali sehari,” kata Kho.

Kho turut menghargai keprihatin­an pihak berkenaan terutama Kapitan Loh kerana mengambil berat tentang masalah yang dihadapi keluargany­a.

Kho juga dinasihat untuk datang kembali ke JKM di sini dua minggu selepas ini untuk mengetahui keputusan permohonan tersebut.

Sejak menjadi balu, saya terpaksa mencari nafkah keluarga dengan membuka sebuah gerai menjual telur masin, namun perniagaan terpaksa dihentikan kerana terpaksa menjaga Chi Herng yang turut ditimpa musibah ketika bekerja di sebuah kem pembalakan di Kapit. Kho Kee Sieng Ibu pesakit obes

 ??  ?? PRIHATIN: Kapitan Loh mengiringi Kho (kiri) untuk memohon bantuan kebajikan daripada JKM melalui Soon (kanan).
PRIHATIN: Kapitan Loh mengiringi Kho (kiri) untuk memohon bantuan kebajikan daripada JKM melalui Soon (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia