Utusan Borneo (Sarawak)

BN Sarawak tolak pelaksanaa­n hukum hudud

SUPP diarah bantah RUU Ahli Persendiri­an minta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dipinda

- Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Sandy Mark Luna, Nick Fletcher, Shafik Ahmad

KUCHING: Ahli Parlimen daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) diarah membantah Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendiri­an meminta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dipinda sekiranya ia dibentang untuk bacaan kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Presidenny­a Datuk Dr Sim Kui Hian berkata arahan itu sejajar dengan pendirian tegas Barisan Nasional (BN) Sarawak yang kekal menolak pelaksanaa­n hukum hudud di negeri ini.

“Dalam mesyuarat dengan pucuk kepimpinan BN Negeri pagi tadi (semalam) Ketua Menteri (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) mengarahka­n semua Ahli Parlimen BN menolak Rang UndangUnda­ng Persendiri­an bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355).

“SUPP sejak awal lagi membantah rang undang-undang ini kerana ia tidak seiring dengan inti pati Perjanjian Malaysia 1963 yang ditandatan­gani,” tegasnya pada sidang media di Pusat Media Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Beliau turut mendedahka­n bahawa mesyuarat itu turut dihadiri ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing dan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Masing merupakan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) manakala Abang Johari dan Uggah masing-masing adalah Timbalan Presiden dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan memberitah­u bahawa semua parti komponen BN Sarawak bersetuju dalam hal itu.

“SUPP tidak bersetuju dengan pelaksanaa­n dua sistem pengadilan jenayah kerana ia bertentang­an dengan Perlembaga­an Persekutua­n dan Perjanjian Malaysia 1963.

“Ia juga boleh memberi kesan atau menjejaska­n hak-hak dan gaya hidup semua rakyat Malaysia. Ia tidak diterima dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan kepercayaa­n,” ujarnya.

Menurutnya DUN Kelantan telah meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah 1993 tahun lalu tetapi tidak boleh dikuatkuas­akan disebabkan wujudnya Akta 355.

“Sekali lagi PAS tidak hanya menunjukka­n ia secara terangtera­ngan mengabaika­n hak-hak dan sentimen semua kaum dan kumpulan agama lain di Malaysia tetapi dengan konsisten mencabar semangat Perlembaga­an Persekutua­n untuk kepentinga­n politik mereka.

“Seseorang (DAP) harus menjelaska­n kepada rakyat, tidak cukup sekadar mereka sudah ‘bercerai’ (dengan PAS),” tegasnya.

Selasa lepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata RUU355 akan dibentangk­an untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat minggu ini.

Katanya usul itu akan dibuat oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kerajaan juga akan mencadangk­an supaya Jawatankua­sa Pemilihan dibentuk untuk melibatkan Ahli Parlimen beragama Islam dan bukan Islam.

“Ini bagi memperinci­kan, memperhalu­sidanmemur­nikan sebarang unsur yang tidak jelas mengenai pemisahan kuasa pada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dan taklimat khas berkaitan RUU itu yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen Selasa lepas.

Sebelum ini dilaporkan, usul berkenaan dibentangk­an Hadi pada 26 Mei lepas melalui peruntukan Rang UndangUnda­ng Persendiri­an yang perlu dicadangka­n oleh menteri untuk dibahaskan sebelum speaker membuat ketetapan mengenainy­a.

Usul Hadi itu diletakkan pada nombor empat peraturan mesyuarat pada hari pertama sidang Dewan Rakyat kali ini namun tidak sempat dibentang atau dibahaskan malah kerap kali bertukar nombor giliran.

Sidang Dewan Rakyat akan berakhir Khamis ini selepas berlangsun­g sejak 17 Oktober lalu.

RUU itu antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantik­an peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraik­an dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan undang-undang persekutua­n.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalanka­n undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhka­n hukuman dibenarkan undang-undang syariah berkaitan hal kesalahan disenaraik­an di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

SUPP sejak awal lagi membantah rang undang-undang ini kerana ia tidak seiring dengan inti pati Perjanjian Malaysia 1963 yang ditandatan­gani. Datuk Dr Sim Kui Hian Presiden SUPP

 ??  ?? BANTAH: Dr Sim (duduk, dua kanan) mempengeru­si sidang media bersama pemimpin-pemimpin SUPP di pusat media DUN.
BANTAH: Dr Sim (duduk, dua kanan) mempengeru­si sidang media bersama pemimpin-pemimpin SUPP di pusat media DUN.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia