Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarikei memerlukan dewan suarah lebih besar

-

KUCHING: Rakyat Sarikei memerlukan sebuah dewan suarah baharu yang lebih besar bagi memenuhi populasi yang kian bertambah di kawasan itu.

Sehubungan itu Datuk Seri Huang Tiong Sii (BN-Repok) memohon kerajaan mempertimb­angkan tapak baharu Dewan Suarah Sarikei.

“Dewan Suarah Sarikei yang telah lama dibina dan tidak dapat menampung majlis berskala besar melebihi 500 orang.

“Sarikei memerlukan tapak besar untuk menampung sekurang-kurangnya 1,500 orang bagi majlis perayaan serta program daripada kerajaan atau swasta,” katanya.

Beliu berkata demikian dalam ucapan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2017) 2016 pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Huang berkata, dengan demikian ia dapat mengurangk­an kos dan masa penduduk Sarikei untuk bergerak ke Sibu kerana Dewan Suarah Sarikei tidak dapat menampung tetamu majlis.

Pada masa yang sama, beliau menyeru kepada kerajaan untuk memastikan projek trek Stadium Sarikei dapat disiapkan dengan segera.

“Projek ini dianggarka­n memakan kos RM3.5 juta. Ia tempat riadah sangat popular di Sarikei.

“Secara puratanya tidak kurang daripada 200 orang menggunaka­n kompleks tersebut setiap hari,” tegasnya.

Bagi petani kawasan berk- enaan katanya adalah amat diharapkan bekalan elektrik dan air dapat disalurkan kepada golongan itu.

Huang berkata, dengan bekalan air dan elektrik mencukupi ia akan membantu memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian.

“Jalinan jalan raya yang menghubung­kan ladang atau kebun dengan tapak pemasaran membantu memastikan hasil tanaman dapat dijual dengan cepat.

“Ini secara langsung dapat membantu meningkatk­an pendapatan dan taraf hidup para petani,” katanya.

 ??  ?? PERLU BAHARU: Huang memohon agar permintaan rakyat Sarikei untuk memiliki dewan suarah baharu dipertimba­ng.
PERLU BAHARU: Huang memohon agar permintaan rakyat Sarikei untuk memiliki dewan suarah baharu dipertimba­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia