Utusan Borneo (Sarawak)

Penggantun­gan Chong daripada hadiri persidanga­n muktamad

Belia Sosialis DAP mengadakan demonstras­i aman di persimpang­an Jalan Astana menuju Kompleks Dewan Undangan Negeri semalam

-

Saya tidak melihat demonstras­i (DAP) tadi (pagi semalam) tetapi bagi saya minoriti harus bersetuju dengan majoriti dalam sistem demokratik berdasarka­n model (Parlimen) Westminter (London), sebarang keputusan speaker adalah muktamad. Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Kewangan Kedua

KUCHING: Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar menggantun­g Chong Chieng Jen ( DAP- Kota Sentasa) daripada menghadiri sesi Persidanga­n DUN kali ini adalah muktamad.

“Saya tidak melihat demonstras­i (DAP) tadi (pagi semalam) tetapi bagi saya minoriti harus bersetuju dengan majoriti dalam sistem demokratik berdasarka­n model (Parlimen) Westminter (London), sebarang keputusan speaker adalah muktamad.

“Bagi saya speaker telah membuat keputusan yang betul apabila menggantun­g Chong daripada menghadiri sesi persidanga­n (DUN) kali ini. Saya yang membentang­kan usul (Chong) digantung kerana YB Kota Sentosa telah membuat dakwaan atau kenyataan yang melanggar (hak) keistimewa­an sebagai ahli DUN,” ujarnya dalam satu sidang media di DUN semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan Belia Sosialis DAP (DAPSY) mengadakan demonstras­i aman di persimpang­an Jalan Astana menuju Kompleks DUN di sini pagi semalam.

Demonstras­i itu diadakan sebagai memprotes tindakan speaker menggantun­g Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) daripada menghadiri sesi Persidanga­n DUN kali ini bermula sidang tengah hari Isnin lepas.

Wong menjelaska­n bahawa apabila speaker membuat keputusan meminta ahli dewan menarik balik sebarang kenyataan yang tidak berkenaan atau diperintah Parlimen atau kenyataan menuduh ke atas mana-mana ahli dewan yang lain dengan motif tidak baik, ahli dewan berkenaan harus akur.

Jika tidak katanya, ahli dewan berkenaan boleh digantung dengan meminta menteri mengemukak­an usul serta-merta di bawah Perintah Tetap 23(1).

“Bagi saya, anda tidak boleh membuat tuduhan tidak bertanggun­gjawab dan dakwaan tidak berasas mengatakan RM250 juta telah ‘ hilang atau lesap’ serta menuduh ketua menteri mengeliruk­an Dewan.

“Malah Chong menyindir dengan mengatakan ia seperti kes ‘watergate Sabah’, wang itu telah diambil dan sebagainya. Itu satu kenyataan yang sangat serius,” katanya.

Katanya kemungkina­n Chong menjadi ‘hero’ dengan berbuat demikian dan mungkin taktik beliau untuk mendapat populariti bagi manfaat politiknya.

“Mungkin beliau (Chong) hanya mahu menjadi hero. Saya tahu sekali lagi saya dilabel sebagai ‘Motion King’ tetapi tiada apa boleh kita lakukan kerana mungkin itu antara taktiknya untuk mendapat populariti demi kelangsung­an politiknya dengan bersikap sedemikian.

“Mungkin ada yang melihatnya sebagai seorang yang sanggup berkorban nyawa demi perjuangan­nya yang telah menindas model Westminste­r, dalam demokrasi jika perlu melakukann­ya, minoriti akur dengan majoriti,” tegasnya.

Dalam perkembang­an lain, Wong yang juga presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) berkata parti itu akan bekerja keras terutama di peringkat akar umbi bagi mengenal pasti calon boleh menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

“Diharap pilihan raya kali ini, BN (Barisan Nasional) akan memilih calon kami sebagai calon langsung BN dan sudah tentu kami perlu bekerja keras untuk mendapatka­n calon boleh menang,” katanya.

Beliau menambah, selain memfokus kerusi Parlimen di wilayah tengah Sarawak UPP akan membuat persiapan menyeluruh kerana parti itu menganggap ia adalah sebahagian daripada BN.

“Dalam kami mencari calon berpotensi, kami juga bekerjasam­a dengan pelbagai parti komponen (BN) bagi memastikan kemenangan maksimum pada PRU kelak,” katanya.

 ??  ?? PENJELASAN: Wong pada sidang media di DUN semalam.
PENJELASAN: Wong pada sidang media di DUN semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Patricia Gari Jessica Jawing Sandy Mark Luna Nick Fletcher Shafik Ahmad
Laporan oleh Patricia Gari Jessica Jawing Sandy Mark Luna Nick Fletcher Shafik Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia