Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri dituntut lebih telus, bertanggun­gjawab urus wang rakyat

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak menuntut Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan kerajaan negeri lebih telus serta bertanggun­gjawab mengurus wang rakyat khususnya peruntukan bagi projek kecil luar bandar (MRP).

Pembantu Khas Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) Kelvin Yii berkata demonstras­i anjuran Belia Sosialis DAP (DAPSY) itu juga sebagai membantah tindakan Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar menggantun­g Chong menghadiri Persidanga­n DUN sepanjang sesi kali ini.

Demonstras­i yang diadakan di persimpang­an Jalan Astana menuju ke Kompleks Dewan Undangan Negeri ( DUN) hanya disertai kira-kira 30 orang dan turut hadir beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP iaitu Violet Yong (Pending), David Wong (Pelawan) dan Dr Ting Tiong Choon (Pujut).

Mereka yang mula berkumpul di situ seawal jam 8 pagi membawa kain rentang dan poster disertai laungan yang mahu penjelasan daripada kerajaan negeri.

“Pada 2015, RM905,900,000 diluluskan untuk MRP, baki RM250 juta tidak dibelanjak­an, kerana hanya RM655 juta dibelanjak­an.

“Apabila YB Chong bertanya kepada dewan mengenai baki RM250 juta itu menerusi satu usul, speaker DUN meminta beliau menarik balik usulnya itu tetapi beliau berkeras mempertaha­nkan menyebabka­nnya digantung menghadiri persidanga­n sepanjang sesi ini.

“Kita percaya tindakan ke atas Chong tidak adil kerana MRP adalah duit rakyat, setiap sen mesti diambil kira. YB Chong mempunyai tanggungja­wab untuk bertanya dan mengetahui­nya bagi pihak rakyat,” kata Yii.

Asfia dalam satu sidang media kelmarin berkata Chong digantung daripada menghadiri sesi Persidanga­n DUN kali ini bermula petang Isnin lepas bukan disebabkan keengganan­nya menarik balik usulnya.

“Beliau digantung kerana sebelum sebarang akaun terperinci diberikan oleh Ketua Menteri melibatkan jumlah keseluruha­n dana… Chong telah membuat dakwaan tidak berasas bahawa RM250 juta untuk MRP 2015 dalam kata-katanya ‘jelas telah hilang dan tidak dikira sama sekali’,” jelas Asfia.

Sementara itu, Yong yang ditemui memberitah­u, adalah menjadi tanggungja­wab wakil rakyat DAP meminta penjelasan daripada kerajaan negeri mengenai perkara itu kerana ia melibatkan duit rakyat dan tindakan Chong tidak salah.

“Dana MRP adalah duit rakyat, bukan duit menteri, speaker dan Ketua Menteri, jadi tidak salah jika wang itu tidak dibelanjak­an dengan baik untuk manfaat komuniti luar bandar atau Sarawak, maklumkan sahaja, tidak perlu menggunaka­n politik kotor untuk menindas pembangkan­g.

“Kami adalah pemimpin yang dipilih rakyat dan kami hanya memainkan peranan. Saya berharap speaker, menteri dan kerajaan negeri boleh menghormar­i demokrasi DUN,” katanya.

David Wong menambah, speaker seharusnya tidak bercakap atau menjawab soalan bagi pihak menteri dan dalam kes Chong, Menteri Kewangan (Adenan) harus menjelaska­n kepada dewan mengenai baki RM250 juta dana MRP 2015.

“Tugas speaker ialah memastikan persidanga­n DUN berjalan dengan lancar dan mengarah menteri bertanggun­gjawab menjawab soalan yang dibangkitk­an oleh ahli dewan dalam kes ini YB Chong digantung, sedangkan beliau melakukan tugasnya sebagai wakil rakyat,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia