Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan diminta kekalkan IPG Kampus Rajang

Ia satu-satunya institut perguruan lahir guru yang mengajar subjek Bahasa Iban di negeri ini: Ding

-

KUCHING: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang satu-satunya institut perguruan yang melahirkan guru yang mengajar subjek Bahasa Iban di negeri ini.

Maka itu kerajaan diminta untuk mempertimb­angkan agar tidak menutup IPG Kampus Rajang, kata Ding Kuong Hiing ( BN- Meradong).

“IPG Kampus Rajang antara satu- satunya yang menawarkan pangajian Ba- hasa Iban sekali gus melahirkan guru Bahasa Iban.

“Maka itu saya berasakan IPG Kampus Rajang memainkan peranan penting selaras dengan matlamat kerajaan melahirkan 90 peratus guru tempatan pada tahun 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan Rang Undang- Undang Perbekalan ( 2017) 2016 pada Persidanga­n DUN semalam.

Ding berkata, jika kerajaan menutup kampus berkenaan ia menjadi halangan kepada usaha kerajaan melahirkan ramai guru tempatan.

Selain itu beliau menegaskan, kampus berkenaan adalah amat diperlukan memandangk­an ia lokasi strategik kepada rakyat di bahagian tengah negeri ini.

“Lokasinya amat strategik

Maka itu saya berasakan IPG Kampus Rajang memainkan peranan penting selaras dengan matlamat kerajaan melahirkan 90 peratus guru tempatan pada tahun 2018. Ding Kuong Hiing ADUN Meradong

yang menyediaka­n perkhidmat­an kepada kawasan seperti dari Betong, Sibu, Sarikei, Kapit dan Mukah.

“Ia adalah pusat yang amat ideal kepada kawasan luar bandar serta pedalaman,” katanya.

Ding menyatakan bukan itu sahaja, kampus berkenaan juga memain peranan penting sebagai venue bagi program latihan kepada guru dan penjawat awam.

Katanya ia dipilih kerana mempunyai peralatan latihan yang mencukupi selain memenuhi keperluan pelbagai jabatan.

“Peralatan sukan dan rekreasi juga mencukupi dan ia mempunyai permintaan tinggi daripada belia.

“Maka itu saya dengan ini menggesa kepada Jabatan Pendidikan untuk tidak menutup IPG Kampus Rajang,” katanya.

 ??  ?? Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Sandy Mark Luna, Nick Fletcher, Shafik Ahmad
Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Sandy Mark Luna, Nick Fletcher, Shafik Ahmad
 ??  ?? BAHAS: Ding semasa persidanga­n menggesa kerajaan mempertimb­angkan untuk tidak menutup IPG Kampus Rajang.
BAHAS: Ding semasa persidanga­n menggesa kerajaan mempertimb­angkan untuk tidak menutup IPG Kampus Rajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia