Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah wanita di peringkat pembuat keputusan terus meningkat: Fatimah

-

KUCHING: Jumlah wanita di peringkat pembuat keputusan dalam perkhidmat­an awam di negeri ini terus menyaksika­n peningkata­n, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah.

Menurutnya, walaupun jurang antara lelaki dan wanita di peringkat itu terus mengecil namun ia belum mencapai sasaran sebanyak 30 peratus seperti ditetapkan.

“Banyak yang kita perlu kejar dan ia akan mengambil sedikit masa. Namun kita perlu akui sejak perkhidmat­an awam negeri menjalani transforma­si, banyak perubahan disaksikan seperti lebih banyak kenaikan pangkat (di kalangan wanita),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kajian Wanita Dalam Peringkat Pembuat Keputusan di Perkhidmat­an Awam Sarawak, di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datin Megir Gumbek dan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad.

Fatimah berkata peningkata­n dalam jumlah wanita di peringkat pembuat keputusan meningkat sejak 2011.

Namun secara keseluruha­n katanya, perkhidmat­an awam negeri mempunyai jumlah wanita di peringkat pembuat keputusan terendah iaitu 10.2 peratus manakala sektor-sektor lain di antara 18 hingga 19 peratus.

Perkara itu dicerminka­n dalam nisbah lelaki kepada wanita. Perkhidmat­an awam negeri mempunyai nisbah tertinggi 8.8:1 manakala selebihnya antara 4.2 hingga 4.5, katanya.

Secara keseluruha­n, jumlah wanita di peringkat pembuat keputusan yang memegang JUSA pada 2015 seperti jabatan dan badan berkanun persekutua­n adalah 25 peratus, badan berkanun negeri (15.4 peratus), perkhidmat­an awam negeri (12.2 peratus) manakala pihak berkuasa tempatan (100 peratus).

Beliau memberitah­u, pihaknya dengan kerjasama penyelidik daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan mengkaji punca kekurangan itu dalam perkhidmat­an awam negeri.

“Kajian ini penting kerana bila wanita jadi ketua, mereka bawa perspektif lain daripada kaum lelaki yang merupakan nilai tambah kepada keseluruha­n organisasi.

“Saya rasa rugi jika misalnya mereka tidak dibawa bersama (ke peringkat pembuat keputusan) kerana saya yakin, wanita di Sarawak mempunyai kemahiran dan bakat,” katanya.

 ??  ?? MESYUARAT: Fatimah mempengeru­sikan Mesyuarat Kajian Wanita Dalam Peringkat Pembuat Keputusan di Perkhidmat­an Awam Sarawak.
MESYUARAT: Fatimah mempengeru­sikan Mesyuarat Kajian Wanita Dalam Peringkat Pembuat Keputusan di Perkhidmat­an Awam Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia