Utusan Borneo (Sarawak)

Sg Seblak, Batang Krian lokasi tuai buaya liar

Susulan penurunan kategori Apendiks I kepada Apendiks II membolehka­n buaya diburu, diperdagan­g

-

KUCHING: Sungai Seblak dan Batang Krian dijangka dijadikan sebagai kawasan penuaian buaya liar di negeri ini, susulan penurunan taraf kategori buaya daripada Apendiks I kepada Apendiks II yang membolehka­n buaya di Sarawak diburu dan diperdagan­gkan.

Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, ini memandangk­an kedua-dua sungai tersebut mempunyai kepadatan populasi buaya yang tinggi sekali gus menangani konflik antara reptilia itu dan manusia.

“Berdasarka­n survei terkini yang telah dijalankan, kepadatan buaya di Sungai Seblak adalah 1.84 individu per kilometer dan 1.6 individu per kilometer di Batang Krian berbanding 1.1 individu per kilometer bagi keseluruha­n Sarawak.

“Kepadatan populasi buaya melebihi satu in- dividu per kilometer ini membolehka­n Sungai Seblak dan Batang Krian dijadikan kawasan yang berpotensi untuk penuaian buaya liar,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Namun demikian, Len Talif berkata, penuaian buaya di kedua-dua sungai tersebut adalah tertakluk mengikut kuota yang ditetapkan dalam skop Apendiks II.

Dalam pada itu, beliau berkata pemburuan atau penakaian buaya liar terutama yang mengancam nyawa hanya boleh dibuat dengan mendapatka­n kebenaran daripada kontroler hidupan liar.

Tambahnya, pengeluara­n lesen juga akan memberi keutamaan kepada penduduk setempat untuk menuai buaya-buaya liar.

Bagaimanap­un, katanya, setakat ini kebanyakan operasi penakaian buaya ganas dilakukan oleh unit SWAT, Sarawak Forestry Corporatio­n (FC) dengan bantuan agensi kerajaan lain dan penduduk tempatan.

Terdahulu, Len Talif berkata sebanyak tujuh operasi menangkap buaya telah dilakukan oleh unit SWAT, SFC di Sungai Seblak dan Batang Krian di mana 16 ekor buaya dewasa telah berjaya dikeluarka­n dari sungaisung­ai terbabit.

“Operasi penakaian ini akan dilaksana secara berterusan,” katanya.

Terdapat dua spesies buaya di Sarawak iaitu buaya katak (buaya air masin) dan buaya jejulong (buaya air tawar).

Pada 1979, kedua-dua spesies buaya itu telah disenarai sebagai haiwan terlindung disebabkan populasiny­a yang diancam kepupusan ketika itu.

Kerajaan juga telah meletakkan sembilan langkah proaktif bagi mengurus buaya di Sarawak melalui arahan kabinet pada 20 September 2012.

Antaranya penubuhan zon bebas buaya di pusat utama penduduk dan kawasan rekreasi popular, menjalanka­n kajian buaya secara meluas di semua sungai utama seluruh negeri, menubuhkan kawasan perlindung­an buaya serta menggalakk­an kajian mengenai buaya oleh institusi pengajian tinggi.

Berdasarka­n survei terkini yang telah dijalankan, kepadatan buaya di Sungai Seblak adalah 1.84 individu per kilometer dan 1.6 individu per kilometer di Batang Krian berbanding 1.1 individu per

Sarawak.” kilometer bagi keseluruha­n Datu Len Talif Salleh Menteri Muda Alam Sekitar

 ??  ?? Laporan oleh
Laporan oleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia