Utusan Borneo (Sarawak)

Terdapat hampir 1,000 penjaja haram di Padawan

-

KUCHING: Demi mendapatka­n duit untuk menampung kehidupan, hampir 1,000 orang sanggup berhujan, berpanas dan merisikoka­n nyawa dengan menjadi penjaja haram di kawasan Padawan.

Kelibat golongan ini akan kelihatan pada awal pagi dengan membawa bakul sayur untuk dijual di tepi-tepi jalan atau kawasan tumpuan orang ramai.

Menjelang tengah hari, sebilangan besar daripada mereka hilang dan kemudian akan kelihatan lagi pada keesokan hari.

Demikian keadaan yang disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang apabila menyentuh mengenai isu penjaja di konstituen­sinya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Menurut Lo, tidak dinafikan bahawa penjaja-penjaja haram tersebut adalah terdiri daripada golongan miskin.

“Terdapat hampir 1,000 penjaja di kawasan Padawan dengan 80 peratus daripadany­a adalah haram yang berniaga di setiap sudut di Batu 3, Batu 7, Batu 10, Siburan, Beratok, Tapah, Matang, Telaga Air, City Mall dan MJC.

“Banyak aduan mengenai penjaja- penjaja ini malah kegiatan mereka ini sangat berbahaya kerana berniaga di tepi jalan.

“Namun tanpa mengira apa yang berlaku, mereka tetap melakukann­ya demi mendapat duit,” katanya.

Sehubungan itu, Lo yang juga pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) berkata adalah sangat penting untuk projek-projek masa depan memperuntu­kkan ruang bagi pembinaan pasar yang besar untuk menempatka­n para penjaja seperti Pasar Komuniti Stutong.

Katanya, antara kawasan yang perlu disediakan kemudahan tersebut ialah di MJC memandangk­an pada masa ini terdapat hampir 500 penjaja haram menjalanka­n perniagaan di tempat-tempat letak kereta di sana terutama pada hari Khamis hingga Sabtu.

“Menempatka­n penjajapen­jaja di bawah satu bumbung adalah satu- satunya cara untuk menyelesai­kan masalah ini.

“Dengan ini, kita dapat memastikan semua penjaja berniaga secara sah dan menjalanka­n prniagaan di tempat yang sesuai serta bersih,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Lo (berdiri, tiga kanan) bersama ADUN-ADUN daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak bergambar bersama delegasi yang mengadakan lawatan ke Kompleks DUN di Kuching semalam.
KENANGAN: Lo (berdiri, tiga kanan) bersama ADUN-ADUN daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak bergambar bersama delegasi yang mengadakan lawatan ke Kompleks DUN di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia