Utusan Borneo (Sarawak)

Promosikan hasil lain daripada pokok sagu khusus ulat sagu

-

KUCHING: Usaha mempromosi­kan hasil lain daripada pokok sagu khususnya ulat sagu perlu diberi perhatian kerana ia berpotensi dieksport ke luar negara.

Yussibnosh Balo (BN-Tellian) berkata seperti yang pengusaha sagu di Thailand, ulat sagu ditin atau dibungkusk­an mempunyai nilai pasaran yang baik di peringkat antarabang­sa.

“Bajet Negeri 2017 telah memperuntu­kkan RM229 juta bagi sektor pertanian. Tellian sebagai sebuah tempat yang terkenal dengan pengusaha rumbia juga memerlukan peruntukan untuk pekebun kecil rumbia di sini.

“Adalah dicadangka­n selain daripada pengeluara­n tepung sagu, hasil lain perlu diberi perhatian sebagai contoh ‘Siet’ (ulat sagu) daripada pokok sagu yang berpotensi dieksport seperti dilakukan di Thailand,” katanya ketika berucap membahas Bajet Negeri 2017 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Menurut Yussibnosh ketika ini harga sekilogram ulat sagu ialah sekitar RM50-RM60 di pasaran dan mendapat permintaan tinggi kerana khasiat yang pelbagai.

Sebagai contoh katanya, 100 gram ulat sagu kering mengandung­i pelbagai khasiat antaranya protein (25.8 gram), lemak (38.5g), karbohidra­t (33.2g), tenaga (583 kal), asid amino (2.29g), threonine ( 1.15g), leucine (1.62g) dan laisin (1.72g).

“Ini juga dapat melonjakka­n pendapatan masyarakat Bumiputera di luar bandar.

“Oleh itu saya memohon agar agensi seperi CRAUN Research yang menerima peruntukan RM21.8 juta daripada kerajaan dan SEDC dapat mengambil inisiatif memperkasa­kan industri ini,” katanya.

Yussibnosh dalam ucapannya itu turut berharap peruntukan RM232 juta daripada kerajaan persekutua­n dan RM66 juta daripada kerajaan negeri akan dapat membantu rakyat di kawasannya memiliki rumah sendiri menerusi program Rumah Mampu Milik, Rumah Mesra Rakyat dan Skim Pembesaran Kampung.

Menurutnya pertambaha­n bilangan isi rumah di kawasannya memerlukan kerajaan menyediaka­n rumah-rumah murah dan selesa lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga rumah dan kejatuhan nilai ringgit sekarang.

“Inilah dikatakan kerajaan prihatin dan kerajaan untuk rakyat seperti Barisan Nasional (Sarawak),” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia