Utusan Borneo (Sarawak)

Keupayaan bekalan elektrik di kawasan Matu dipertingk­atkan

-

KUCHING: Keupayaan bekalan elektrik di kawasan Matu yang kini sering terputus, akan dipertingk­atkan dengan pelaksanaa­n dua sumber bekalan elektrik yang dijangka siap pada tahun depan.

Menteri Muda Kemudahan Awam ( Elektrik dan Telekomuni­kasi) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata ia menerusi projek talian penghantar­an 132KV dari Petian ke Daro dan pencawang 132KV di Daro yang sedang dilaksanak­an dan dijangka siap pada suku keempat 2017.

“Apabila siapnya projek tersebut, Matu dan kawasan sekitarnya akan mempunyai dua sumber bekalan.

“Sumber utama bekalan adalah dari pencawang 132KV di Daro yang baharu manakala talian 33KV dari pencawang 132KV Petian yang sedia ada akan menjadi sumber bekalan sandaran,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Menurut beliau, projek talian penghantar­an 132KV dari Petian ke Daro kini sudah hampir 55 peratus siap manakala pencawang 132KV di Daro mencapai 38 peratus siap.

Tambah beliau, kos bagi kedua-dua projek tersebut adalah hampir RM200 juta.

“Projek talian penghantar­an 132KV dari Petian ke Daro menelan kos sebanyak RM152.1 juta manakala kos bagi pencawang 132kV di Daro ialah RM40 juta,” katanya.

Pada masa ini, pengguna di kawasan Oya, Dalat, Igan dan Matu mendapat bekalan melalui talian atas 33KV sepanjang 96 kilometer dari Mukah ke Matu dan Daro.

Talian atas yang panjang ini turut terdedah kepada gangguan haiwan, angin kencang, pokok tumbang, cuaca buruk serta kilat yang boleh mengakibat­kan gangguan bekalan elektrik.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman berkata kementeria­nnya bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) akan memantau keadaan tersebut terutama ke atas pokok, dengan menebang pokok yang tinggi bagi mengelak ia tumbang dan menjejaska­n bekalan elektrik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia