Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli mahu Rosey menerajui PBB bahagian Bekenu

Rosey tidak jemu lawat rumah panjang, kampung sekitar Bekenu bawa pembanguna­n kepada rakyat

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bahagian Bekenu di peringkat akar umbi mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus dilantik sebagai pengerusi PBB Bekenu menjelang Mesyuarat Agung Tritahunan pada 2018.

Ketika ini, Rosey yang juga Menteri Muda Solidariti masih lagi seorang wakil rakyat tidak berparti dan bertanding sebagai calon terus Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri lepas.

“Rosey telah menunjukka­n prestasi amat baik dan cemerlang sepanjang dua penggal beliau dilantik menjadi menteri muda dan tiga penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat di Bekenu,” kata salah seorang veteran PBB Bekenu Hasnan Ahmad, 50.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini semalam, beliau berkata Rosey juga seorang wakil rakyat semua kaum di Bekenu dan tidak pernah jemu melawat ke rumah panjang dan kampung sekitar Bekenu untuk mem- bawa pembanguna­n kepada rakyat di kawasannya.

Menurut Hasnan, Rosey bukan sahaja berkhidmat sebagai wakil rakyat tetapi juga sebagai menteri muda yang telah dan akan membawa lebih banyak pembanguna­n untuk konstituen­si Bekenu.

K a t a n y a s e b a g a i menyokong kenyataann­ya kenapa Rosey wajar dilantik sebagai ketua PBB (Bekenu) Hasnan berkata Bekenu akan lebih membangun di bawah Rosey, selain beliau amat dikenali oleh penduduk di peringkat akar umbi dan disukai ramai, sekali gus populariti tersebut bertindak sebagai sokongan kuat terhadap Rosey kelak.

“Jika boleh, kami di peringkat akar umbi PBB Bekenu dan para pemimpinny­a, harus memberi peluang dan ruang kepada Rosey untuk memimpin parti ini, sekali gus memacu lebih banyak pembanguna­n dan kemajuan bukan sahaja kepada PBB tetapi juga di konstituen­si Bekenu,” jelasnya.

Turut berkongsi pandangan dengan Hasnan ialah seorang lagi ahli PBB, Faizal Mohamad, 29 yang berharap agar ahli dan pemimpin PBB Bekenu akur dengan keputusan pemimpin atasan yang mahu Rosey menyertai PBB sebagai usaha menguatkan pergerakan parti itu di utara negeri ini.

“Beliau seorang pemimpin berjiwa rakyat dan senang didampingi serta sentiasa turun padang dan berger- ak dalam konstituen­sinya walaupun beliau kemudianny­a terpaksa berkejar ke Kuching untuk majlis rasminya dan tugas sebagai menteri muda,” katanya.

“Maka adalah wajar bagi ahli PBB hingga ke akar umbinya, memberi peluang kepada beliau untuk menerajui PBB Bekenu,” tambahnya.

Sementara itu, Rosey yang sebelum ini menyertai SPDP (kini PDP), kemudian menyertai kumpulan lima orang wakil rakyat yang tidak berparti, selepas mengumumka­n keluar daripada SPDP dan seterusnya menyertai TERAS sebelum diumumkan menyertai PBB.

Rosey telah menunjukka­n prestasi amat baik dan cemerlang sepanjang dua penggal beliau dilantik menjadi menteri muda dan tiga penggal berkhidmat

Bekenu. ” sebagai wakil rakyat di Hasnan Ahmad Veteran PBB Bekenu

 ??  ?? HASNAN AHMAD
HASNAN AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia