Utusan Borneo (Sarawak)

Tadika berperanan penting bantu bentuk hala tuju kanak-kanak

-

SIBU: Tadika memainkan peranan besar dalam menentukan hala tuju dan membentuk masa depan anak-anak kita, ujar Presiden YMCA Sibu Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming.

Beliau berkata ia tempat memupuk bukan sahaja akhlak dan disiplin kanakkanak tetapi lokasi terbaik membina asas kukuh kepada generasi muda.

“Justeru, perhatian lebih perlu diberikan untuk memupuk kanak-kanak pada usia muda supaya mereka akan membesar menjadi lebih yakin dalam diri mereka,” jelasnya.

Lau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Graduasi Tadika Yakin Diri Ke-14 di Taman Permai di sini semalam.

Hadir sama ialah Naib Presiden YMCA Siu Kapitan Datin Janet Lau, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Robert Lau Hui Yew, Pengetua Tadika Yakin Diri Teresa Lau dan Pengarah Wong Ei Sing.

Tadika Yakin Diri adalah sebuah tadika swasta di bawah pengurusan YMCA Sibu.

Lau berkata, kerajaan telah tampil dengan kaedah-kaedah dan peraturan bagi memastikan tadika secara profesiona­l dijalankan dan diselia oleh guru dan kakitangan terlatih.

Beliau turut mengingatk­an kepada guru tadika supaya mempunyai semangat bekerja dan sentiasa komited dalam apa yang mereka lakukan.

Terdahulu, dalam ucapan ringkasnya, Teresa mengucapka­n terima kasih kepada ibu bapa kerana terus meletakkan kepercayaa­n mereka kepada Tadika Yakin Diri.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk memberi pendidikan terbaik kepada generasi muda,” katanya sambil memberitah­u bahawa tadika itu kini mempunyai 200 kanak-kanak dan dinilai sebagai salah satu tadika terbaik di Taman Permai.

 ??  ?? TAHNIAH: Lau (lima kanan, belakang) bersama guru dan para penerima anugerah merakam kenangan. Turut kelihatan Teresa (enam kiri, belakang), Janet (enam kanan, belakang), Robert (empat kanan, belakang) dan Wong (tiga kanan, belakang).
TAHNIAH: Lau (lima kanan, belakang) bersama guru dan para penerima anugerah merakam kenangan. Turut kelihatan Teresa (enam kiri, belakang), Janet (enam kanan, belakang), Robert (empat kanan, belakang) dan Wong (tiga kanan, belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia