Utusan Borneo (Sarawak)

Rita Ubong terima Anugerah Pemaju Masyarakat Cemerlang Parlimen Baram

-

MARUDI: Anugerah Pemaju Masyarakat Cemerlang Keseluruha­n 2016 bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Baram diberi kepada Rita Ubong Jau, seorang guru wanita berusia 26 tahun dan mengajar di Tabika KEMAS Long Laput.

Rita mengajar dan berkhidmat dengan KEMAS sejak enam tahun lalu, telah dipilih menerusi penglibata­n dalam aktiviti amal disertai selain terlibat aktif dalam pelbagai persatuan, juga salah seorang ahli turut serta dalam menubuhkan Eda Beran Long Laput dan pelbagai sumbangan lain.

Rita seorang wanita Kayan, antara 14 penyelia dan guru KEMAS yang mempunyai kemajuan dengan gred S27 dan anugerah beliau disampaika­n ADUN Telang Usan Dennis Ngau semasa Majlis Konvokysen Tabika KEMAS daripada sembilan kelas tabika di kawasan Marudi yang diadakan di Dewan Suarah Baram.

Dennis ketika berucap menyempurn­akan perasmian majlis konvokesye­n tersebut turut memuji semua pemaju masyarakat kerana mampu membimbing dan mengekal serta memainkan peranan masing-masing dengan cukup tabah dalam usaha mendidik dan menjaga anak-anak kecil, walaupun berdepan pelbagai cabaran dan kesukaran lebihlebih lagi di kawasan luar bandar.

“Kita perlu mengakui bahawa guru-guru ini harus mempunyai kesabaran dalam menangani cabaran dalam membimbing anak– anak kecil, lebih- lebih lagi di kawasan kita di luar bandar yang serba kekurangan,” katanya.

Tambahnya, walaupun agak jarang bagi guru lelaki mengajar di kelas tadika kerana lebih dimonopoli kaum wanita, namun di Baram terdapat dua lelaki sebagai pemaju masyarakat iaitu di Tabika KEMAS Long Luteng dan Sungai Nat, Ulu Teru.

“Ini bukan bermakna kaum lelaki tidak mengambil peduli dengan anak murid, kerana ia memerlukan banyak kesabaran tetapi sebaliknya ramai pemaju masyarakat dihantar bertugas ke sini (Baram) ialah wanita.

“Justeru, kekalkan kerja baik kamu dan terus usaha membimbing anak kecil ini,” jelas Dennis.

Terdahulu dalam ucapannya, Pegawai KEMAS Daerah Baram Sutinah Ibrahim berkata kakitangan KEMAS Parlimen Baram termasuk penyelia dalam pelbagai jurusan adalah seramai tujuh orang manakala daripada Unit Perhubunga­n dan Pembanguna­n Desa, Unit Bahagian Pendidikan Masyarakat Tabika (Gred S27) seramai 14 orang, penyelia dan pemaju masyarakat pelbagai jurusan (Gred S17) seramai 36 orang dan pembantu pemaju masyarakat sukarela seramai 33 orang.

Dalam pada itu, seramai 17 orang menerima sijil dan anugerah pada majlis tersebut yang kebanyakan­nya sudah bertugas enam tahun dan ke atas.

Sutinah menambah kata bahawa hanya sembilan kelas Tabika KEMAS di Marudi dan jumlah keseluruha­n sebanyak 35 Tabika KEMAS dengan seramai 388 kanak- kanak berumur antara empat hingga enam tahun di Baram.

Turut hadir Pegawai Tadbir Sarawak ( SAO) Rose Edward Tarang.

 ??  ?? TAHNIAH: Rita (dua kanan) menerima anugerahny­a daripada Dennis sambil disaksikan Rose (kiri) dan Sutinah).
TAHNIAH: Rita (dua kanan) menerima anugerahny­a daripada Dennis sambil disaksikan Rose (kiri) dan Sutinah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia