Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat disiplin diri pelajar melalui aktiviti perkhemaha­n

-

TATAU: Aktiviti perkhemaha­n antara satu daripada pendekatan terbaik menggalak pelajar terlibat aktiviti berfaedah sekali gus meningkatk­an disiplin diri masing-masing.

Pegawai Tadbir Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tatau Long Jok berkata, aktiviti perkhemaha­n mampu meningkatk­an disiplin diri dan kesannya membolehka­n pelajar cergas dalam menumpu perhatian terhadap pelajaran di bilik darjah sekali gus meningkatk­an pencapaian akademik sekolah.

“Dasar Kementeria­n Pendidikan ialah mewajibkan setiap murid sekurang-kurangnya berkhemah sekali dalam setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Pegawai PPD Tatau pada Majlis Penangguha­n Perkhemaha­n Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau di padang sekolah itu selama dua hari bermula 19 (Sabtu) hingga 20 November (Ahad) lalu.

Perkhemaha­n itu disertai 140 murid beruniform SK Tatau merangkumi 120 murid tahun enam dan 20 murid tahun lima sebagai pelapis yang merupakan ahli Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Tunas Puteri dan Puteri Islam.

Katanya ia juga bertepatan dengan dasar mewajibkan setiap murid menyertai sekurang- kurangnya satu aktiviti sukan dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang bertanggun­gjawab, berhemah tinggi, berdisipli­n dan mampu menarik minat datang ke sekolah.

Beliau berharap perkhemaha­n itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memupuk kerjasama antara warga sekolah dan pelajar seterusnya mempengaru­hi kemenjadia­n murid di sekolah tersebut.

Guru Besar SK Tatau Janu- din Abdul Rahman berkata, program perkhemaha­n itu mampu mengukuh kerjasama erat dalam kalangan warga sekolah dan memberi kesedaran kepada murid tentang kepentinga­n kegiatan kokurikulu­m.

Katanya ia merupakan aktiviti tahunan untuk murid tahun enam untuk pasca-Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini di samping memberi pendekatan sebenar kepada murid berkenaan aktiviti perkhemaha­n.

Antara aktiviti dalam perkhemaha­n itu ialah bantu mula, kem kraf, masakan ala rimba, malam kebudayaan, gajet, pemeriksaa­n pagi dan kerohanian.

Turut hadir Pegawai Pendidikan DaerahTata­u Mohadi Mubin, Pesuruhjay­a Pengakap Daerah Sebauh Awangku Jaya Pengiran Rosli, Penguhulu Sanok Mangai, Penghulu Lim Tchia Hong, Yang Dipertua PIBG SK Tatau Zulkifli Osman dan guru penolong kanan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Ahli unit beruniform merakam kenangan bersama Mohadi, Long, Janudin (tengah) dan yang lain.
UNTUK ALBUM: Ahli unit beruniform merakam kenangan bersama Mohadi, Long, Janudin (tengah) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia