Utusan Borneo (Sarawak)

K1M perlu bergerak bersama capai kejayaan agenda kerajaan

-

SARIKEI: Pegawai Penerangan Bahagian Sarikei Mohd Sahrizan Putit menggesa Komuniti 1Malaysia (K1M) terus berganding bahu dalam semua perkara yang mendatangk­an kebaikan bersama khususnya agenda digerak kerajaan.

Katanya K1M ditubuhkan bagi memberi keselarasa­n kepada program transforma­si yang digerakkan oleh Jabatan Penerangan menyemai semangat perpaduan kaum untuk konsep gagasan 1Malaysia.

“Dalam menjayakan matlamat ini K1M perlu proaktif agar setiap isu membelengg­u masyarakat dan dasar digerak kerajaan dapat diurus pada tahap terbaik yang memberi manfaat kepada semua pihak.

“Pada masa sama, program K1M ini juga akan menjadi landasan kepada masyarakat dan jabatan kerajaan merapatkan hubungan mereka agar setiap dasar yang dipergiatk­an oleh kerajaan dapat direalisas­ikan dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Info K1M Kampung Seberang Sarikei, kelmarin.

Program ini telah berlangsun­g di sebuah hotel dekat sini dan merupakan anjuran bersama K1M Kampung Seberang Sarikei dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Sarikei.

Menurutnya, setiap K1M perlu merancang dan melaksanak­an aktiviti yang berupaya membawa impak positif.

Tambah Sharizan, ahli K1M adalah ejen perubahan dan membawa masyarakat bergerak maju selaras dengan arus pembanguna­n.

“Perpaduan membolehka­n negara mencapai pembanguna­n yang pesat dan rakyat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.

“Jangan memperbesa­rkan isu yang boleh membawakan kepada perpecahan kaum kerana ia boleh membawa impak negatif kepada negara.

“Justeru, perpaduan sesama kaum perlulah dijaga dengan sebaiknya. Setiap masalah berlaku perlu diselesai dengan sebaiknya,” tegasnya.

Turut hadir Pegawai Penerangan Bahagian Sarikei Abdul Latip Shamsuddin, Pengerusi K1M Kampung Seberang Sarikei Bidin Bong, Penghulu Awang Ahmad Dawi serta ahli daripada enam K1M dari daerah Sarikei.

 ??  ?? ERATKAN HUBUNGAN: Peserta yang juga merupakan ahli K1M merakam gambar bersama dengan kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Sarikei.
ERATKAN HUBUNGAN: Peserta yang juga merupakan ahli K1M merakam gambar bersama dengan kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia