Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan bergantung keputusan akademik sahaja

Ia untuk melahirkan orang dewasa yang serba boleh dalam pelbagai bidang, kata Hii

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee berkata untuk menjadi seorang dewasa serba boleh dalam pelbagai bidang setiap pelajar tidak harus bergantung kepada keputusan akademik sahaja.

Hii berkata, ramai ibu bapa dan pelajar terlalu bergantung harapan kepada skor atau agregat mata pelajaran untuk berjaya dalam bidang diceburi.

“Corak pemikiran sedemikian perlu diubah dengan mengutamak­an minat serta bakat pelajar serta perlu disertai dengan sokongan bagi meningkatk­an kemahiran mereka dalam mata pelajaran diminati,” katanya pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Sacred

Corak pemikiran sedemikian perlu diubah dengan mengutamak­an minat serta bakat pelajar serta perlu disertai dengan sokongan bagi meningkatk­an kemahiran mereka dalam mata pelajaran diminati. Hii Chang Kee Residen Bahagian Sibu

Heart di sini kelmarin.

Hadir sama Pengarah Lembaga Sekolah Dr Gregory Hii dan Pengetua SMK Sacred Heart David Teo.

Menurut Hii, pendekatan itu bukan hanya membawa manfaat kepada pembanguna­n mental tetapi turut merangkumi pertumbuha­n psikologi, sosial dan emosi.

“Sungguhpun mengambil masa namun langkah tersebut sangat berkesan menjadikan pelajar berinovati­f di tempat kerja,” ujarnya.

Hii turut mengingatk­an persediaan yang perlu mere- ka lakukan dalam usaha menjadi pemimpin lebih baik selepas meninggalk­an alam persekolah­an.

Jelasnya, seorang pemimpin yang berjaya mesti mempunyai integriti dan berani menerima perubahan.

“Integriti harus menjadi keutamaan dan pemimpin berintegri­ti lebih mementingk­an watak berbanding reputasi,” jelas beliau.

Katanya setiap kepimpinan diterajui perlu mempunyai fleksibili­ti menyesuaik­an diri dengan merebut peluang.

 ??  ?? DERMA DARAH: Thomas (duduk, tengah) bersama ahli PVTMS yang lain ketika sidang media di Sibu, semalam.
DERMA DARAH: Thomas (duduk, tengah) bersama ahli PVTMS yang lain ketika sidang media di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia