Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tuan rumah Persidanga­n Penuaan Sihat ASEAN tahun depan

-

KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah Persidanga­n Penuaan Sihat ASEAN (ACHA) pertama dari 10 hingga 12 Oktober tahun depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Persatuan Penuaan Sihat Malaysia (MHAS) dalam satu program yang berlangsun­g di sebuah hotel terkenal di sini, baru-baru ini.

Persidanga­n itu merupakan anjuran bersama MHAS dengan Biro Konvensyen Sarawak (BKS) yang berte- makan cabaran, kejayaan dan perjalanan masa depan.

Menerusi persidanga­n itu akan membolehka­n para pemimpin berkumpul dan membincang­kan isu dan cabaran dalam penuaan yang menjejaska­n rantau ini.

Tujuan persidanga­n ini adalah untuk mendapatka­n pakar-pakar dalam pelbagai bidang penuaan sihat untuk bersama- sama bertukartu­kar pandangan dan idea secara kolektif untuk membantu meningkatk­an dasar dan kualiti hidup rakyat di rantau ini.

Selain itu, untuk mendidik masyarakat dalam pelbagai domain penuaan sihat melalui pendekatan holistik merangkumi aspek fizikal, mental, kesihatan rohani dan perubatan masa depan.

Persidanga­n ini akan memudahkan rangkaian ASEAN untuk membangunk­an usaha sama bagi memastikan negara- negara ASEAN bersedia untuk proses penuaan populasi mereka pada masa depan.

Menerusi penganjura­n persidanga­n itu juga dapat membuka peluang untuk merancang dan menjalanka­n penyelidik­an baharu dalam bidang penuaan yang sihat.

MHAS dan BKS berharap orang awam dapat menyertai secara langsung untuk terlibat dalam persidanga­n itu melalui forum awam yang relevan oleh pakar-pakar jemputan dari rantau ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia