Utusan Borneo (Sarawak)

The Salvation Army anjur kempen membantu golongan memerlukan

-

KUCHING: Sambutan Hari Krismas adalah kegembiraa­n yang dikongsi bersama keluarga, sanak-saudara dan sahabat-handai tetapi dalam keceriaan itu jangan dilupakan mereka yang kurang bernasib baik.

Justeru, Kuching Boys The Salvation Army mengadakan program ‘The Salvation Army Christmas Kettle Campaign’ yang diadakan sejak tahun 1981 di San Francisco bagi tujuan mengumpul dana.

Menurut pengerusi penganjur ‘The Salvation Army Christmas Kettle Campaign’ Mejar Francis Ng, The Salvation Army pada masa itu yang diketuai oleh Kapten Joseph McFee melihat bahawa ramai orang miskin yang lapar.

Beliau kemudianny­a meletakkan cerek besi pada pendaratan feri untuk mengumpul wang supaya beliau boleh memberi makan kepada mereka yang memerlukan pada Hari Krismas.

Sejak itu, ‘The Salvation Army Christmas Kettle Campaign’ telah menjadi tradisi yang diamalkan di banyak negara.

Sumbangan orang ramai untuk ‘The Salvation Army Christmas Kettle Campaign’ membolehka­n pihaknya meneruskan usaha sepanjang tahun bagi membantu golongan yang memerlukan ini.

Bermula 1 hingga 24 Disember, pihaknya akan ke Plaza Merdeka Shopping Mall, The Spring Shopping Mall, Boulevard Mall, CityOne Megamall dan Viva City Megamall bagi kempen tersebut.

“Kami bagaimanap­un memerlukan sukarelawa­n untuk membunyika­n loceng ‘Ringers’ untuk menggalakk­an pengunjung menderma atau menyumbang,” katanya.

Bagi mereka yang berminat menjadi sukarelawa­n sila hubungi Francis di talian 012 405 2430 atau e- mel kuching_ boys_ home@ smm. salvationa­rmy.org.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia